Walau usia dah separuh abad, belum pernah saya tengok 'Jin dalam botol ' ni.
Sehingga lah semalam.
Kalau nak tau, ni lah rupa 'Jin dalam botol' yang mengganggu anak saya hari tu.
Punya lah terror Jin ni, anak saya yang aktif tu tiba2 jadi muram.
Diam kaku tak nak bergerak.
Sakitnya di ganggu Jin tu tergambar di wajah.
Kesian anak saya,kalau boleh nak tukar tempat, biar saya jer lah yg menangggung azab sakit tu.
Nasib baik cepat jumpa bomoh.
Jam tu jugak di sedut keluar Jin tu dari badan anak saya tu.
Alhamdullilah, dah sembuh dah sakit tu.
Jin tu dah di tangkap dan di masukkan didalam botol plastik ni.
Padan muka kau Jin, duk lah kat situ diam diam..!
Terima Kasih Dr Hasyim dari hosp Pakar Perdana.
Dr Hasyim menunjukkan "appendics' yg dikeluarkan dari perut anak saya tu.
Merah menyala dan membengkak, nasib baik belum pecah kata doktor.
Hmm..Ni lah kali pertama saya tengok.
Dulu anak saya pernah buat pembedahan 'Tonsil'.
Dah di buang jugak tonsil tu.
Banyak juga assesori dari badan kita yg boleh di buang rupanya..
Agak2 apa lagi yg boleh di hapus kira dari badan manusia yer..
Buang hati lah, supaya tak payah duk tanggung emosi yg macam2...hehehe.
Kagum dengan dunia perubatan dan lebih kagum dgn kekuasaan Tuhan yg menjadikan.
Subhanallah...Syukur, anak saya dah kembali sihat macam biasa dah.
Bye bye 'Jin dalam Botol'.....
9 comments:
Salam Hani,
Moga anak cepat sembuh dari pembedahan.
alhamdullilah....
Mula mula berdiri bulu roma.Ingat betul jin.
Setuju sunggoh...kalau ada pembedahan hati buang segala emosi yang menyakitkan..
Semoga anak cepat sembuh.
TQ Pena Rozie dan Kak Nani. dah boleh balik rumah dah dan recovering well.
Alhamdulillah, semoga cepat semboh/
salam kak
moga cepat pulih dan ceria anaknya...begitu juga akak sekeluarga
Sallam CikguHani,
Semuga anak tu cepat sembuh,
banyak lagi organ yang boleh dibuang dari badan kita, rahim contohnya. Kakmah pun sedang menanti untuk dibuang organ dari badab kakmah.. insyaAllah.
Salam.. ada-ada je la... saspen tau.. patut la cuba nak tengok kepala .. tak nampak pun..
anak ketiga saya pun pernah buat pembedahan appendic ni.. semasa dia kena penyakit ni, dia demam berhari2 tak kebah2.. pergi dari satu klinik ke satu klinik.. sampai pergi SJMC ambil darah pun tak dapat dikesan benda tu.. sampailah satu malam penyakit dia tu serang sampai dia kejap2 nak ke toilet.. tak tau nak muntah atau nak buang air besar ke, sampai dia merangkak2 ke toilet sbb dah tak larat.. tengh mlm tu jugak ke emergency UH, ropa2nya ada apendic dan esok pagi2 dioperet.. alhamdulillah sudah lapan tahun berlalu dan bekasnya masih jelas kelihatan smpai sekarang. Semoga anak akak tu sihat..
Post a Comment