Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, June 8, 2012

Sebab musabab saya tak suka tengok 'Drama' kat TV

Tak boleh ke, kalau buat drama tu biarlah seperti kehidupan di alam nyata?
Ini tidak..
(Ampun pengarah2 drama, bukan nak merendahkan kebolehan awak semua tapi pagi ni saya tak der modal nak buat N3 blog, tiba terlintas pula pasal ni..)
Betul saya cakap,
Awak perasan tak kalau dalam drama tu, yg lawa tu mesti hero dan heroin,
yg tak ada rupa sah jadi penyangak, jadi samseng, jadi penjahat.
Walhal di alam nyata tak macam tu...
(Kalaulah saya jadi pelakon, mesti dapat watak mak mertua Sabariah versi gemuk..Kan? 
Dalam drama selalunya hero/heroin tu punya lah sabar,
ribut badai segala boleh masih tetap maintain sabar...
Dah la lawa, baik hati pulak...ish, tak patut, tak patuttt..
Berlainan dgn di alam nyata,
di alam nyata bila kita heroin, sabar, sabar jugak..ada kala pancit jugak..
kita lah heroin yang tak lawa, tak kurus, tak sempurna mana pun. 
Kalau penjahat pulak, ngalahkan iblis pun tetap dpt bertahan hinggalah akhir cerita.
Kalau jahat tu jahat segala2 nya..Kadang2 kesian jugak dgn watak jahat tu.
Mentang2 lah jahat, tak kan tak de sekuman pun baik nya..
Masaalah2 yg di ketengahkan dlm drama dengan mudah berakhir bila cukup tempuh tayangan, se jam ke, 20 siri ke, maka dengan sendirinya dapat di selesaikan...
Tapi masaalah dalam kehidupan sebenar belum tentu selesai, ada yg makin lama makin kusut pun.
Ada masalah yg di bawa mati tak selesai2 jugak.
Bab mati pun satu hal jugak..
Dalam drama ni mati di jadikan kesudahan bila nak tamatkan watak.Senang cerita.
Ada titik bengang sikit, pengarah mati kan watak..mati mati mati..
Kalau di alam nyata mati hanya sekali,
kalau lah mati boleh di guna pakai setiap kali menemui jalan buntu,
saya rasa lah,
dah lebih dari sepuluh kali saya mati nih.
Itu pasal lah saya tak suka tengok drama.
kalau tengok pun sekadar ubat tidor..
zzzzzzzzzzzzzzzz..........

3 comments:

kakcik said...

Kakcik pun semakin bosan nak 'layan' drama apalagi drama bersiri sekarang ni... :(

eB said...

tapi skarang dh start trend org jht pn lawa & ensem rsnyer....
pengaruh citer korea n sinetron ;p

Cikli said...

Pengulas filem baru ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...