Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, June 19, 2012

Suka lah tu bila Ticer tak ada.....

Malam ni InsyaAllah saya akan terbang di langit luas menuju destinasi.
Tadi masa kat sekolah, saya beritau murid2 saya yang saya tidak akan hadir ke sekolah esuk.
"Ticer nak pergi kemana?"
"Ticer naik apa?"
"Ticer nak buat apa kat sana?"
Mungkin bagi anak anak yg membesar di bandar2 besar dan membesar dengan dakapan kemewahan,
ke luar negara adalah perkara biasa bagi mereka.
Tidak bagi anak anak murid saya yang berada di kelas corot nih.
Usahkan ke luar negara, ke Kuala Lumpur pun tak pernah.
Usah kan naik kapal terbang, bas express pun tak pernah jijak.
Jangan tak percaya, ada di antara mereka yang tidak pernah kemana2 semenjak di lahirkan.
Yang mereka kenal selain dari rumah kecil mereka hanya lah sekolah atau kawasan kejiranan mereka saja.
Kepayahan dan kemiskinan keluarga menjadikan pengalaman meneroka ruang daerah lain terhad.
Kesian kan?
Tidak ada yang boleh mengubah nasib mereka selain dari berusaha menuntut ilmu.
InsyaAllah beserta dgn keredhaan dari Allah, mereka mungkin bakal menakluki angkasa raya dan seluruh alam maya.
"Nanti Ticer tak ada, kamu jgn main dalam kelas yer, kamu belajar rajin2 dan ikut arahan guru ganti."
"Kenapa Ticer tak cuti lama2 sikit?"
Haah?
Kamu ni lagi suka Ticer tak ada ke?
Dah, pandangan kamu tu dah cukup untuk memberi jawapan pada soalan Ticer tu.
Pandai lah kamu semua yerrrrrr.......................

Ni foto yang tak bersangkut paut dengan N3.
Tadi kami celebrate birthday salah seorang dari mereka ni.
Happy Birthday dear, May God Bless you always.

4 comments:

insan_marhaen said...

cikgu IM dulu garang. tapi dialah yang IM ingat sampai ke hari ini...

cikgu Kira-Kira. Marfuzah namanya!

MaWar said...

guru penyayang...

makchaq said...

Nak pi mana cikgu sampai kena terbang ni...

ummiarissa said...

cikgu nak terbang ke mana pula ni?syoknya cuti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...