Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, June 1, 2012

Nak tau kenapa jadi berhabuk, bersawang blog saya ni..

Dah berhabuk bersawang rupanya...
Kenapa jadi macam tu?
Kes tuan tanah bercuti, jalan jalan cari makan lagi lah.
Meh nak cerita ke mana saya habiskan masa baru2 ni, tak tanya pun tak apa,saya peramah.
Saya ke Indonesia.
Dah acap benar ke bandar2 besar sekitar Jawa dan Sumatra, kali ni saya ke sini pula..
Ubah selera.
Saya ke Semarang.
Ada apa di Semarang? Ada Sea food yg best.
Ada ikan salai, siap beli buat balik Msia lagi tau.
Ada pelancong yg kepenatan jugak.
Saya juga ke Jepara..Tgok2 perabut.
Jamu mata tua ni.
Singgah minum air kelapa laut macam lah kat Msia tak der kelapa laut.
Lepas tu saya meneruskan perjalanan ke Yogjakarta.
Tengok seni batek yg halus.
Mahal giler!
Melawat ke kawasan istana 'Kraton'.
Singgah Pasar Sore,













Kali ni saya menyusuri kesan sejarah.
Saya ke Candi Borobudur,
Dulu tgok kat buku teks sejarah tingkatan satu jer,
Sekarang lihat dan rasai kehebatan seni bina lama.
Saya juga berkenalan dgn Molly.
Kesian molly, terpaksa tanggung lebih muatan.
Saya berterima kasih pada molly sebab Molly lah,
bila bergambar dgn molly saya nampak kecik sikit..
I Love U Molly..









Sekian dulu catatan perjalanan saya buat kali ni.
Tapi kan, yang paling best, bila tengok senyuman Hero Malaya ni sebaik saja saya sampai di rumah...
Alolooo...

8 comments:

makchaq said...

Best jalan2...
Kebanyakkan kawan2 makchaq dah pi ke Indonesia..
Ramai juga yg dah pi beberapa kali, ada juga yg pi bersama keluarga, tapi makchaq belum berpeluang lagi.
Comelnya hero malaya...

Aju Mohit said...

wahhh jalan sakan ye kak, ada ole2 untuk kami? hehehhe

Nanie@NMS said...

Salam Hani,

Alhamdulillah, jauh perjalanan utk memenuhi cuti

Ibu n Abah said...

bestnya cikgu...
nampak menarik sangat percutian cikgu ni....
##ingat nak masuk dalam plan

insan_marhaen said...

ada jumpa dan minum kopi luwak?

Granny Hani said...

IM, kopi Luwak tu ada tapi kan dah di istiharkan haram utk org islam..kalau tak haram pun, rasa tak lalu nak telan..heheehee

pena rozie said...

Bestnyer jln2 sampai INdo...

lina_pg said...

Bestnya jenjalan lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...