Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, June 9, 2012

Surat terbuka buat Datin...

Assalmualaikum Datin N yang saya kenali.
 Semoga Datin  tabah menghadapi perpisahan ini. Semalam sewaktu jenazah Dato di usung keluar dari kediaman Datin sekeluarga, Datin nampak sugul sangat2.. Hati seorang isteri begitu lah.Dah 11 tahun dato terbaring dan sakit. Datin telah laksanakan tanggung jawap menjaga suami dengan baik.Pahala lah buat Datin.
 Saya ni Datin, kalau boleh nak peluk Datin dan nak berada bersama Datin di saat2 payah ini tapi siapa lah saya ni kan..Saya tengok ramai sahabat handai Datin yg hadir untuk menghormati jenazah buat kali terakhir.
Sewaktu duduk sedekahkan Yassin tadi, ada kawan2 Datin yg berdiri di penjuru tu memandang kearah saya seakan berkata 'eh, Minah ni apasal duk atas karpet sekali dengan keluarga Datin?' Hmm, saya beritau diri sendiri supaya bersabar. Biasa lah tu kan.
 Sebenarnya ada yang terbuku di hati saya. Saya rasa Datin pun tahu tapi mungkin Datin pura2 tak tau. Saya susun jari sepuluh, memohon maaf kiranya saya telah melukakan hati Datin. Tuhan saja lah yg tau kenapa saya ambil keputusan begitu di waktu itu.
Maafkan saya Datin,
 Dulu Datin sentiasa singgah di pondok saya untuk sembang2 dan kadang kadang untuk berkongsi resah di hati Datin. Terima kasih kerana sudi bertandang dan sudi kongsi cerita dengan saya ni.Datin juga sering ajak saya menemani Datin ke Salun, ke SPA, shopping dan makan2. Datin acap kali hadiahkan saya itu ini dan acap kali juga saya terpaksa menolak kerana saya tak suka 'di beli' Saya ikhlas berkawan dengan Datin.
Datin perkenalkan saya dengan kawan2 Datin..Aduh Datin, segan nya saya kerana saya bukan lah layak untuk duduk sama rendah dengan mereka..berdiri pun tak sama tinggi.Ada juga sembang2 sengal yg hinggap di telinga saya tapi demi Datin saya buat derk aja.Saya ni tak reti sebenarnya untuk bincang pasal juta2 sambil minum dgn kawan2..Ratus2 pun jarang ada dlm bag tangan..Bag tangan pun setaraf bag tangan yg kawan2 Datin sedekahkan pada bibik mereka jer..Kalau tak ingatkan baik budi Datin, saya blah gitu aje..
Maafkan saya Datin,
 Datin perasan tak yg akhir2 ni saya sentiasa mengelak bila Datin ajak saya temankan Datin? Sebenarnya saya teramat segan untuk terus rapat dengan Datin. Sungguh, saya tak selesa sangat2 tapi Datin marah, Datin kata saya sombong dan Datin menangis. Saya pun naik heran, Datin kan ramai kawan2 yg sekufu tapi kenapa Datin tidak cuba untuk berkongsi rasa dengan mereka? Datin seorang wanita yg sgt kesepian,saya tau tu ,,Saya ni pun bukan nya boleh bantu Datin, sekadar mendengar dan kadang2 ikut menangis bila dgr cerita pedih luka Datin tu..Datin kata Datin suka tengok saya ketawa. Datin suka tengok saya cakap merapu dgn kawan2 kalau terserempak dengan mereka diwaktu saya bersama Datin. Saya masih tak lupa waktu Datin dtg ke rumah saya tanpa solekan dan barang kemas, berseluar track dan tshirt hanya kerana nak berpakaian mcm saya..Bila saya ajak Datin bertemu kawan2 saya di sebuah kopitiam, Datin punya lah happy hari tu..mengalahkan saya Datin gelak, kawan2 saya pun perasan tau!
Maafkan saya Datin,
Saya rasa dalam persahabatan, kita harus rasa selesa dan ikhlas. Ikhlas cakap, saya payah nak sesuaikan diri bila berada di dalam circle Datin.
 Ok ok, dah panjang lebar saya ni. Saya rasa kunjungan saya ke kediaman Datin kali ni mungkin kali yg terakhir kerana seperti saya cakap tadi lah, saya rasa tak ada ketenangan minda bila berkawan dengan Datin walau pun saya tahu Datin ikhlas. Pipit biar lah terbang nya dengan pipit kan? Kita cubalah untuk hanya berkawan biasa2 saja..tak payah terlalu mengaharapkan persahabatan saya lagi..
Salam takziah buat Datin sekeluarga dan bersabar lah menghadapi hidup yang berbagai dugaan ini. Walau pun saya tidak lagi singgah nanti, setiap kali saya melewati pagar putih itu, saya tetap akan menggintai intai kelibat Datin..Datin jaga diri yer..Datin tidak pernah mencalarkan perasaan saya dan terima kasih kerana itu.
Sekian dulu, wassalmualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
(Allah kurniakan lah keberkatan buat sahabat saya ini, tenangkanlah ribut di hati dia, lapangkanlah dada dia dan berikan dia kekuatan untuk menempuh hari2 kemudian.Aku yakin dia tidak berseorangan kerana Allah, Kau sentiasa ada untuk dia...)

5 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Hani,

Takziah utk keluarga Datin dan Alfatihah utk arwah.

Emmm...memang tidak selesa bergaul dengan bukan setaraf tapi kalau yg tinggi kedudukkan tidak 'aiksyen' okay kot..hihihihihi

Cikli said...

Kalau lelaki akhirnya dapat juga gelaran datuk. Perempuan memang payah nak dapat gelaran datin walaupun bercucu.

Kakcik Seroja said...

Persahabatan yang tulus adalah persahabatan yang tidak diletakkan apa-apa pun batas sempadan.

Salam takziah buat Datin.

makchaq said...

Takziah untuk datin..
Tetiba rasa kesian pulak kat datin, mengkin dia cari keikhlasan dan jumpa pada cikgu..

Mulan said...

salam takziah utk keluarga Datin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...