Banyak nya kesilapan bahasa saya.
Maaf lah saya ni bukan pakar bahasa melayu.
Menulis lintang pukang.
Bukan senang tau kalau nak menulis tanpa sebarang kesilapan nahu dan tatabahasa.
Tadi seorang guru bahasa, pakar bahasa melayu membantu penggunaan bahasa melayu dlm penulisan saya.
Dia tak tau saya ada blog dan saya menulis main hentam saja lah.
Kalau lah dia baca blog saya, boleh pengsan dia agaknya.
Awak tau tak bila kita boleh gunakan 'Bila' dan 'Apabila'?
Nak guna dari atau daripada?
Nak di dekatkan penambahan 'di' atau di jauhkan?
Banyak lagi...lagi banyak lagi fenin batu jemala patek.
Tapi macam ni lah,
Andaikan saya ni seorang puitis,
menulis bukan kerana nama,
Menulis getar hati, merakam gelombang rasa.
Tidak ada salah bahasa dlm lagu dan puisi.
Nama pun puisi kann..
Dengan ini gaya penulisan saya di kira tak salah..Kan?
Kan? Kan? Kan?
( Kalau dia baca N3 ni rasanya dia akan lebelkan saya 'murid lembam' sebab sah ada lagi kesilapan bahasa nih.)
1 comment:
Sebab cikgu bukan BM specialist, kalau english haa.... bolehlah tanya ini ticer kan...
Post a Comment