Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, June 16, 2012

Masa tidak pernah menunggu kita, kita yang sentiasa mengejar nya..

Rejab dah nak habis,
Syaaban on the way..
Lepas tu Ramadhan lah, bulan yang di nanti nanti.
Syawal tok sah cerita lah, boleh kata semua umat Islam excited pasal Syawal nih.
Baru semalam  rasanya buat persiapan raya.
Dah nak setahun rupa nya.
Cepat sungguh!
Esuk 27 rejab, tarikh penting buat umat Islam.
Israk mikraj.
InsyaAllah kita pakat2 puasa sunat.
Akan datang dalam tempoh terdekat ialah Nisfu Syaaban ..
Di ikuti dengan bulan Puasa dan Nuzul Quran pulak.
Jangan duk fikir pasal nak raya aje,
Meriah sakan bab raya saja.Ni, dua tiga bulan sebelum raya ni banyak peluang untuk tambah pahala kalau nak.
Saya ingatkan diri sendiri sebab saya lah yg selalu lalai nya.
Mempersiakan kelebihan di bulan2 mulia ni.
Tak lupa juga nak ingatkan anak2 dan adik2 saya yang mungkin alpa.
Kalau dah sedia ingat tu alhamdullilah lah.
Kita di tuntut untuk saling mengingati kan?

Dah, Mak nenek ni dah mula membebel panjang ni!


5 comments:

kakcik said...

Masa tak pernah menoleh kepada kita yang ditinggalkan...

Kakzakie said...

Membebel utk mengingatkan itu terpuji bukan sebarang kata kosong.

secangkir madu merah said...

Pejam celik pejam celik dah nak habis rejab... kemudian shaaban dan ramadhan.. baru rasanya bersolat sunat aidil fitri ... semoga kita dipanjangkan usia utk menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan nanti, insyaallah..

Nizam.Ariff said...

suka dgr akak-akak membebel.. terasa dunia ini ceria...



dgn syarat, lubang telinga cukup besar (supaya masuk kiri keluar kanan... keh keh keh)

insan_marhaen said...

IM tengah bayangkan antara seronok musim puasa dan letih menguruskan mereka yang berpuasa dalam rumah IM nanti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...