Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, October 5, 2012

Banyak channel ngalahkan Astro, awak nak tengok channel mana?

"Pasangan kita ialah jodoh kita, orang yg terbaik buat kita, 
maafkan kesilapan dia kerana dia insan biasa, 
kebagaimana dia menerima kekurangan kita maka kita pun harus menerima dia seadanya".
Ayat di atas ni di pakai guna bila hati munga munga, cuaca indah berseri, siaran tak tergendala dan enjin tak panas.

Bila ribut, siaran tergendala sebentar dan enjin nyala lampu merah berkelip tanda panas melampau, begini pulak lah ayat nya...
Awak tu tak boleh ke pot pet pot pet pot pet...
Saya ni pot pet pot pet pot pet..
Kalau macam ni lah pot pet pot pet pot pet..
Awak pot pet pot pet pot pet..@%&!!%@$#&%!!!.............!

Tapi kalau dah batu jemala keluar tanduk, nak cari sarung tangan boxing pun tak de pekdah dah...Senjata perang yg paling berkesan dan mujarab hanya lah satu. Sah menang punyer..

Jadi air batu
Diam
Bisu
Kaku
Nampak gayanya ada yang nak kena tidur atas sofa depan TV malam ni.
Bukan dia lah.
Entah2 saya.
Maklum lah merajuk tua2 ni tak de siapa nak pujuk dah...
Padan muka saya.


7 comments:

Norhaizan hakim said...

Teringat sorang teman yg asyik berperang dgn suami,tapi pokok cintanya asyik berbuah,cam ner tu..!

KakNi (CikNi Ahni) said...

adoi... seksa jiwa dan raga, sabo jer lah kak...

Irfa said...

budak kecik majuk nampak comel
org tua majuk nampak comot ;)

makcu B said...

Cuaca macam biasa, dia tak panas dan kita tak sejuk. Bila berada dalam rumah, elakkan kerap bertembung. Dia di depan, kita di dapur. Dia di bilik tidur, kita di bilik air. Dia nonton tv, kita gembur tanah dlm pasu di luar rumah. Ini semua sebab dah tua.... (sesekali bersama,
Alhamdulillah)

Kamariah Awang said...

Hahaha... pujuk sendirilah nampaknya.
Tapi takkan cik abg tak pujuk tak, kalau tak pujuk rugilah dia... hehe..

Ibu n Abah said...

cikgu...
saya ni jenis tak pandai nak lawan cakap..
jika kena marah..diam jer...
itu yg baiknya ada blog kan????

Nizam.Ariff said...

elok gak tu...
boleh tonton TV sampai pagi..

sambil2 tu boleh buat air teh atau roti bakar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...