Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, October 12, 2012

Kes berat

Bila hidup tak lagi bererti
tak ada alasan untuk terus bernyawa.
Cukuplah usia yang ada.
Tak perlu berlama lama di sini.
Kehadiran yang tidak menambah
Kehilangan yang tak mungkin dicari
Yang ku kendong sudah lama keciciran,
Yang ku kejar hanya lah mimpi
yang bertaburan di kaki.

Hidup tidak pernah mudah
Bernafas dalam seribu payah.

Aduhhh....Kes berat nih, Kalau kes ringan macam ni...

Bila hidup tak bererti lagi,
Tidak ada alasan untuk mengeluh
Syukur usia masih ada
masih boleh membilang hari
takapa lah kalau tidak di ambil peduli
tidak terjejas apa apa pun
yang ku kendong adalah redha
yang ku kejar adalah belas ehsan Tuhan

hidup tidak pernah mudah
Tapi mati lagi payah wei.....

Berfikiran positif tu penting.








5 comments:

Norhaizan hakim said...

Ini memang kes berat GH! Tapi sebagai khalifah di muka bumi,kita tetap ada misi..mentaati Allah!

MaWar said...

suka sangat...berbakat

makcu B said...

Bukan berat mana pun..... berat badan memanglah bertambah.

Anonymous said...

kalau dah senior memang macam tu rasanya....hu..hu..

Anonymous said...

Aaah...I'm falling in love with your writing <3 <3 <3
I believe I'm not d 1st person 2 let u know that you r a gifted! Please keep writing n let's readers 2 enjoy

ryaha,
FoCo, CO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...