Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, October 11, 2012

Nak tanda tangan perjanjian tak?

Rumah tepi jalan ni satu hal jugak lah.
Sekarang di kiri kanan jalan tu sedang di baik pulih.
Nampak gaya macam dia orang nak buat pavement.
Bata, simen pasir dan pekerja kontrak menyebabkan jalan sedikit jem.
Tu tak per lagi...
Bila tiba shift selepas tengah malam, sakit kepala saya ni.
Siap dengan dung dang dung dang, kung kang kung kang.
Sekejap kreeennngggg krrrooonnggg...
sekejap gebebuk gedebak..
Bising.
Malam lah time mereka nak pasang jentera ratakan permukaan.
Malam lah time mereka nak kisar simen ke hapa tah.
Dah tu bising suara orang pun bukan main lagi
Ada saja sebab mereka nak gelak, nak bising2.
Dik,
Bilik tidur akak dekat jer dgn pagar ni.
Bila awak duk berkhemah di tepi pagar akak,
terasa macam awak duk sebilik dengan akak pulak.
Setiap patah perkataan akak dengar.
Bila nak siap ni dik?
Begini saja ok,
Malam ni akak hulurkan pula air kopi ais dlm jug
dan jemput pisang satu besin
dengan syarat awak perlahankan sikit sound effect tu.
Kalau kamu semua kurangkan teriak2 gurau2 dgn rakan sekerja,
Akak bagi nasi goreng bungkus siap dengan keropok lagi nak?
Sudu plastik pun akak bekalkan...
Nak tanda tangan perjanjian tak nih?

8 comments:

MaWar said...

eiii bestnya jemput n keropok...nak sikit

zino said...

Sesuai sangat tu nanti setiap petang dia orang berlonggok tepi pagar

pB said...

Masalah beso jugak nie

kalau ada anak kecik , lagi parah

Alin Marlini said...

hehehehe..sekodok satu besin??

azieazah said...

Wahhh umpan kena besar ni Kakkk...! hehehe

makcu B said...

Tak payah........ jangan baik sangat dengan orang di luar pagar rumah kita, kang tak pasal2 dio lompat masuk dalam bilik kita...

Mohd Pk said...

jelajah tambah ilmu..
salam kenal

Kamariah Awang said...

"Cam nilah adik nak, kak?" gembiranya dia Hani... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...