Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, October 25, 2012

Hari ni hari Wukuf di Arafah, di kampung hari 'Buat Ketupat' katanya...

Esuk Raya Haji..
Hari ni tetamu Allah berwukuf di Padang Arafah.
Yang kat sini buat hapa?
Tukang sembelih asah pisau.
Nenek nenek buat ketupat.
Mak mak pergi pasar.
Anak anak tido lah kalau time cuti...Grrrr...!
Bapak bapak jadi mesin ATM.
Semua orang sibuk dgn gaya bebas.
Ni lah agenda tetap saya kalau nak raya.
1. Siapkan senarai 'perlu beli'.Berjela jela.
2. Keluar beli.Jelajah Pasar besar, Tesco dan Kedai runcit India.
    ( Kenapa Kedai India? Suka hati saya laa..........)
3. Balik rumah mengeluh pasal penat, payah parking, barang mahal dan ramainya org kat pasar.
    Tak ada pendengar setia pun, tak macam suria FM..
    (Bik, ko tutup telinga sekali lagi, aku potong gaji tau!)
4. Mulakan persiapan untuk memasak juadah untuk esuk.Masak mana yang patut dahulu.
5. Makan
6. Masak
7. Makan
8. Masak
9. Makan
10. Masak Masak Masak
11. Makan Makan Makan.
12. Kalau ada kesempatan ambik gambar, buat N3 blog dan update status kat facebook.

Alhamdullilah, walau rutin ini dah berpuluh tahun duk ulang tayang, saya seronok sebenarnya.
Kami orang biasa biasa, sambut raya biasa biasa, bahagia dengan cara biasa biasa kami.



4 comments:

MulutPayau said...

salam aidiladha untuk akak dan keluarga....

[PCL] said...

Selamat Hari Raya Korban ye..

sama lah kita puya rutin, cuma tak buat ketupat jek...lbh kpd jln2 cari pasal..

makchaq said...

Selamat hari raya Aidil Adha cikgu..
Makchaq pun sama ja gayanya sambut raya.. tapi tahun ni ramai dah ada kat rumah mak masa makchaq sampai nanti...
nampaknya makchaq jadi tukang potong2 ja la tahun ni...

Kamariah Awang said...

Salam aidil adha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...