Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, October 15, 2012

Selamat tinggal sayang.

Astaqfirullah..Astaqfirullah..Astaqfirullah...
Saya bermimpi malam tadi.
Bila tersedar saya ingat sebahagian saja dari mimpi tu.
Saya amat confused.Rumah siapa yg saya masuk?
Anak siapa yang saya pimpin?
Kenapa semua orang kat situ saya tak kenal.
Kenapa terang sangat lampu tu?
Kenapa sunyi sangat rumah tu walau berpenghuni.
Dua tiga kali saya cuba tinggalkan budak tu di situ,
dia tetap mengikuti saya.
Kenapa saya nak tinggalkan budak comel tu?
Tak tau. confused sungguh.
Pandangan mata dia mengganggu saya.
Pandangan mata dia menyebabkan saya terjaga.
dan saya masih ingat pandangan itu.
Adakan budak comel ini anak saya yg tak sempat saya pelihara?
Adakan dia yang akan menunggu saya di pintu syurga nanti?
Tuhan lebih sayangkan dia, saya tau dan redha begitu.
Teringat ketawa dia yang sangat manis, dan saya menangis.

...........Mimpi adalah mainan tidur......



8 comments:

KakNi said...

kdg2 bermimpi tu macam betul kan kak granny hani...

Kakzakie said...

Kakak rasa mungkin cikgu merinduinya sebab diberi peluang utk dia berada dirahim tapi tidak berpeluang tuk menjaga hingga besar..

Anak kecik tanpa dosa memang jannahlah tempatnya dan menanti ibunya diakhirat kelak.

Azian Elias said...

i terlalu dan amat jarang bermimpi.. Jarang sangat2.. kalau ada, sure amat mengesankan..

Ibu n Abah said...

Mimpi indah tu...
Saya sesekali mimpi budak lelaki comel... Mmg indah...
(sbb anak semua pompuan...)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

semoga mendapat mimpi yang baik.. nak tidur kena baca doa & ayat kursi..

NoorVictory said...

Semoga si comel menjadi bidadari di taman Allah. Semoga dia menjadi penyambut akak di syurga nanti. :)

Amiiin~

azieazah said...

Kalu saya pun dapat mimpi macam akak tu, saya pun mesti menangis terharu juga...

Kamariah Awang said...

Allah memberi peluang Hani melepaskan rindu padanya, melihat keadaan nya dalam tenang dan damai... Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...