Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, March 7, 2013

Andainya wang gugur dari langit.

Kalau saya ada duit juta2.
Saya tak nak beli katil dari emas suasa,
Saya nak beli tidur yg nyenak..Boleh ke?

Saya tak nak beli makanan fit for the kings,
Saya nak beli selera dan kesihatan yang baik...Boleh ke?

Usahkan juta2, kalau di akhir bulan, poket kering kontang.
Tapi walau poket kering, tidur saya dah lena sakan.
Sekali sekala tak leh tidur tu kes penuaan, biasa lah.

Selera saya pun ok.
Kata orang membujur lalu melintang patah.
Semua jenis makanan halal saya makan.
Tolak batu, kayu dan plastik saja.
Time tak der duit, makan cara tak der duit.
Time awal bulan, tepuk poket tanya perut.

So why do I need to have those millions?
Perlu ke duit juta2 tu?
Perlu.
Siapa tak nak duit juta2 weiii.....

4 comments:

Ibu n Abah said...

jika dapat juta-juta tu..
nak jugak..
boleh beli tah apa-apa...

Kakcik Nur said...

Kakcik cuma fikir kalau ada duit yang banyak, nak bayo hutang dan nak hidup 'selesa' sebelum mati. :)

~Emaa Hasnah (^_^)~ said...

Assalamualaikum..duet memang satu keperluan untuk kehidupan hari ini..hanya dengan duet juga kita boleh menyempurnakan amal ibadah kita..tapi duet bukanlah segala2nya..salam ziarah =)

makcu B said...

Bagi makcu, tak kaya tak pe.... asal bahagia. Tak kaya tak pe.....asal sihat sejahtera. Wang perlu ada. Tapi seadanya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...