Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, March 10, 2013

Pengalaman adalah guru yg terbaik.

Nak cerita kepayahan saya dek kebodohan saya.
Saya ni tak pernah urus apa apa pun sendiri.
Semua boss urus.Dari dulu sampai sekarang.
Segala bil, segala urusan yg sewaktu dgn nya saya memang tak reti langsung.
Hari ni saya nak cuba buat sendiri.
Saya terima surat dari LHDN pasal bayaran yg masih tertunggak.
Kena pergi mengadap LHDN lah ni.
Bismillahirrahmanirrahimmmm...
Saya start enjin kereta dan terus ke Wisma Persekutuan.
Tingkat berapa yer? Takper tanya orang.
Nak parking punya lah payah.
Sabar, buktikan yg saya boleh buat.
Ok, dah tanya orang dah, dan dah dapat jawapan.
LHDN bukan kat Wisma Persekutuan.
Tapi kat the other side of the town.
Haah..Biar betul..Penat la saya macam ni...!
Nak tak nak, sementara masa masih ada ni saya drive ke sana pulak.
Sekali lagi parking sikit punya payah tapi at last dapat jugak.
Macam rusa masuk kampung saya tercegat tak tau nak tuju ke kaunter mana.
Tau lah saya ni cikgu, pandai tulis baca tapi bila masuk tempat yg saya tak biasa saya kelu.
Puas tilik dan survey, saya selesaikan jugak task saya tu.
Bangga.
Dapat jugak saya buat tanpa bantuan Boss.
Esuk2 nak cuba bayar bil api, air, Astro, Tenet dan bayar kad credit.
Bayar roadtax, cukai tanah.cukai pintu dan bayar instalment kereta.
Tang mana tempat bayaran tu nanti saya nak confirm dgn kawan2 dulu.
Tak boleh tanya Boss sebab tak nak nampak tak reti sangat.
(Ni orang panggil bodoh tak leh ajar)
Nak belajar uruskan saja, kos masih Boss sukarela tanggung beres
One thing for sure,
Segala ni mungkin mudah bagi yg dah biasa.
Payah bagi saya kerana selama ini saya memang bodoh bab2 ni.
Hari ni saya belajar melalui payah..
Tak per...Puas. Seronok. Pandai dah.
On the way back singgah kedai pastry beli chicken pie.
Tang beli makanan memang saya pakar.
No problem at all.

2 comments:

Ezza Muffinbiru said...

dulu saya naik teksi pi bayar segala mala bil..letih tau buat kerja ni dan kita ni tak bawak kereta pun...la ni ada cerdik sikit..bayar kat online jaa..pakai kad debit..lagi senang,,,

Granny Hani said...

Ezza Muffinbiru,
lepas ni nak belajar cara bayar on line guna debit card pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...