Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, March 11, 2013

Rakyat di bawah jajahan takluk saya.

Mereka ni.
Hari hari dengar saya berleter.
Adakah mereka ni mangsa leter saya?
Kutip sampah kat bawah meja tu Alif, tak kutip kang ticer suap nak?
Betulkan baju tu Syed, pakaian kena kemas, ticer tak suka kamu berserabai, hilang handsom tau.
Danial, balik nanti suruh abah kamu bawak kamu ke tukang gunting kalau kamu tak nak ticer potong dgn gunting Ticer ni..
Wei, Syafiq dan Najmi, Kalau rasa nak boxing, tunggu ticer tukar baju, Ticer nak join jugak. Kita lawan satu sama satu nak?
Tu, depan pintu tu, Faizol duduk lah kat situ kalau kerja rumah tak siap.Tak yah duk atas kerusi, buat lusuh cat kerusi tu aje.
Arrisya dan Alia ni suka benar bercakap yer, kang Ticer tak bagi tutup mulut tu baru tahu camna lengguhnya mulut ternganga...Nak Ticer buat gitu?
Adoi Siti....Kamu kalau menulis, separuh eraser kamu habiskan, tulis sapu tulis sapu..kan dah comot buku tu.
Bak sini eraser tuh, Ticer campak kang..
Stand up when I'm talking to you Nadira, mind your manners.
 Tak leh, hari ni kamu tak leh ke tandas Aqma, hari2 tak der kerja lain..esuk Ticer nak bawak baldi kamu kencing dlm baldi k.
Ok boleh balik, ops cancel, masuk balik dalam kelas..Siapa yg angkat kerusi bunyi 'gedegang ' tadi tu? Tak mengaku semua balik lewat hari ni..Najian yer?

Pot pet pot pet...Memang saya mak nenek pun. Ticer Granny lah katakan.
Yer tau, saya lah salah seorang guru yg terkenal garang di sekolah saya.Tak apalah kalau saya tak dapat undi favorite dari mereka pun asal mereka tau nanti bahawa saya tak pernah benci mereka.
Kerana sayang lah saya nak mereka perfect atau hampir perfect.
Tadi bila loceng habis waktu belajar berbunyi, saya cakap kat mereka saya nak ambik gambar mereka ramai2 posing dlm kelas.
Saya dah set dlm kepala mesti ada yg tak nak, paling2 nak tapi tak senyum pun bila posing sebab mungkin mereka tak suka saya.
Rupanya, walau mereka takutkan saya, bila saya cakap 1...2....3..Smile....
Ni lah hasilnya....Mereka semua hadiahkan saya senyuman yg paling ikhlas.
Sah lah, saya tak dera mereka kan?

6 comments:

Kakcik said...

Nama Ticer Hani ni mesti melekat dalam ingatan mereka nanti. :)

Granny Hani said...

Hahahaaa...Sukanya kalau anak murid ingat tapi biarlah ingatan tu kerana ilmu yg dimanafaatkan..

Acik Erna said...

Gelak acik baca.sebab dah biasa kan ticer hanny.kalau acik agaknya bakik rumah dah tak larat nak bercakap dah

Kak Rose said...

Untungnya rakyat ticer Hani...happy jer wpun ticer garang... suka tengok wajah2 ceria tu. pasti semua sangat sayang pada ticer kan...

mokjadeandell said...

I kept thinking...did the children still remember..that no nonsense BI teacher of theirs last year..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

comel-comelnya rakyat cikgu. Ikhlas jer senyum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...