Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, March 14, 2013

Sakit lagi.

Buat operation sudah.
Jumpa doktor pakar sudah.
Bab makan ubat pun bercupak cupak.
Berurut dan rawatan2 alternatif pun dah cuba dah.
Tak kurang juga doa dan solat hajat memohon belas ihsan dari Nya.
Begini lah bila ada masaalah kesihatan.
Sentiasa terfikir apakan dan dimana kah penawar nya.
Sentiasa mencuba cuba.
Apa saja cadangan orang, mau saja kita turuti semua nya.
Asal jangan yg bercanggah dengan hukum hakam agama.
Setiap kali berubat, harapan dan mimpi utuk sembuh itu menggunung.
Tak nafi juga betapa runtuhnya mimpi bila penawar tidak berkesan.
Apa lagi yang mampu saya buat sebagai mata yg memandang?
Selain bersimpati pada yang menanggung,
saya juga amat tertekan bila memikirkan hari2 akan datang.
Bagaimana esuk nanti?
Mampukah dia bertahan,
Atau penyakit ini akan menjuarai perlumbaan.
Entahlah, walau pun redha itu sentiasa di pesan pada diri.
Sesekali saya rasa juga nak menangis dan terasa seperti
usaha saya sia sia....
Putus asa.
Saya acap tertanya tanya...
Adakah doa saya sampai kepada Nya?
Bilakan Dia nak kabulkan doa saya tu?
Tak cukup lagi kah  cubaan2 buat saya ni?
Astaqfirrullah....Kenapalah saya ni....
Ampunkan saya Tuhan, saya hanya lah manusia biasa yg tidak sekuat mana pun.

3 comments:

NM03 said...

tabah dengan datangnya ujian dariNya

berat rintihan yang saya baca, berat lagi akak yang memikul

banyak bersabar ye, in shaa Allah, ada jalan penyelesaian nnt

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam Cikgu Hani,

Semoga terus bersabar dan berdoa. Itu sajalah yang dapat kak ani ucapkan.

Semoga Cikgu terus tabah menghadapi kesihatan orang tersayang,

Anonymous said...

Setelah berikhtiar, berdoa maka kita hanya mampu tunggu dan lihat. Allah sudah atur jadual kehidupan untuk kita, pastinya jalan keluar dari kesulitan buat orang yang beriman, akan Allah permudahkan. Percaya itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...