Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, September 9, 2009

3 stoogers

Dari kiri;
Anis, Kimi dan Iffah
Ni, 3 orang makluk ciptaan Tuhan yang ku kenali,
sayangi dan tidak akan di kitar semula.
Kadang kadang mereka buat aku terbakar hati,
Kadang kadang aku tersenyum sendiri..
Kadang kadang aku rasa aku tidak beri yang terbaik untuk mereka
Kadang kadang aku rasa mereka tidak berikan apa yang aku harapkan.
Itu pasal lah kadang2 tu aku hot semacam!
Kalau mereka ni agar2, dah aku jerang balik atas api dan buat agar2 santan pulak.
Kalau mereka ni roti, aku dah hancurkan dan jadi kan puding buat buka posa nnti..
Kalau mereka ni pisang dah aku lenyek jadi jemput2 pisang dah...
tapi mereka adalah seperti air kelapa
yang menyegarkan dan penawar racun..
Mereka adalah Kurma
yang memberikan ku tenaga untuk terus melangkah
Mereka adalah nasi
Makanan asasi yang tidak boleh dipisahkan dari hidup ku..
'Kimi'.... Nasi Lemak yang terlebih lemak.
'Iffah'.... Nasi Kukus yang tak masak masak.
'Anis'..... Nasi Goreng yang berperisa tapi kalau sejuk tu...Kaku beku terus!
Alahai......

8 comments:

maiyah said...

salam.. nasi lemak pun mahal tu

~0~ said...

wow...hebat btol perempamaan itue...kesian mereka bertiga...tiba2 aku tebayangkan nasi minyak..

kak ina kl said...

salam perkenalan dari akak..rajinnya anak dara kecik buat biskut...

walaupun berbeza watak mereka..tetap di sayangi..

IFFAH said...

I LOVE YOU-_-

hani@debumelukut said...

tapi maiyah, nasi lemak ni dah makin naik lemak ni..

hani@debumelukut said...

ye lah, posa2 ni ingat makan jer..

hani@debumelukut said...

ku sambut salam kenal dari mu kak ina kl..sebenarnya diantara kita sapa yg berpangkat 'akak' ni...hehehee

hani@debumelukut said...

iffah,make sure u make up ur mind about ur trasportation..or spend ur Raya alone!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...