Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, September 11, 2009

Main masak masak versi Anis.

Sukat chocolate chips dan semua bahan yang di perlukan.
Sambil tu masuk sebijik sebijik Chocolate Chip ke dalam mulut.
Sedappp!
Putar butter dengan gula.
Sukat C.chips sekali lagi sbb yg tadi separuh dah masuk ke dalam perut Anis.
Stop dulu jap.
Sapa tukar channel TV?
pegi depan tukar channel 611 sekali lagi.
Tepung turut ke ruang depan..memutih!
Bibik dah jeling..



Amik 3 biji telur.
Masukkan dua.
( yang satu lagi dah pecah sebelum masuk dalam mangkuk)
Ambik tissue lap kerusi yang dah meleleh dgn telur tu.
Bibik tolong yer.
Kacau lagi hingga lenguh tangan.
(Kalau suruh stop pun dia insist nak kacau jugak)
Dah lenguh?
Ok stop.




Masukkan vanilla dan coklat
Cicah jari dalam adunan, jilat..
Sedap jugak yer.
Cicah sekali lagi.
Mummy nak?
Tak nak.
Makan Chocolate chips lagi,
Makan badam cincang..
Mummy why are the nuts so bitter??
( Sapa suruh makan?)





Masukkan tepung, Badam dan Chocolate chips.
Jangan usik channel TV.
Anis is watching!
Mummy I wanna put some cherries.
Go ahead..
Gummy bears?
Nope.
Please??
Org tak letak la gummy bears dlm cookies..




Spoon adunan ke dalam dulang.
Gilir gilir.
Sekejap ke dalam mulut.
Sekejap ke atas dulang.
Mummy why don't we make one big cookie?
What?
Dah bosan la tu..
Tak nak buat dah?
Nak.
Pas ni buat biskut lain lak mummy k?
Uwaaa!!!!
(Please God, make her sleepy...)


Atur more Chocolate Chip atas adunan.
Pas tu masuk oven.
Tunggu depan oven,
Stare at the cookies
as if they might vanished.
Do not change the TV channel.
Mummy may I lick the bowl?
Go ahead la Nis.
Senang bibik nak cuci nanti.
Mummy I am happy today.
O yer? and why is that?
Anis boleh buat cookies sendiri,
(Senangnya membahagiakan seorang budak!)

Masak, angkat dan sejukkan.
Anis satu mummy satu.
Anis satu mummy satu.
Anis satu mummy satu.
Anis satu mummy satu.
Mummy, you r eating my cookies.
Takkk...Quality control jer...

2 comments:

maiyah said...

salam.. sy pun nak satu hehe :D

hani@debumelukut said...

Boleh, byk pun boleh..tapi lalu ke nak telan hasil keje budak umur 8 tahun nih??heheheheheeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...