Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, September 21, 2009

Wish you were here (1st Syawal)

Membelakangi kamera nih! Jap nak amik tempat masing2.
Ciklong is sure happy.


















Kita orang belum ready, cameraman dah
snap..camni la jadi nyer. Che is the happiest mum and grandmum today.
















Mamicik senyum lebar untuk ja..











Ni la kes rosak diet hari ni..

















These r the eligible bachelors..Both ur uncles tu out laa kannn..















Ja, Everyone is here..
All in the family.
We gathered at Ayah Long's house before we head to Pasir Puteh to give your great grandma a Hari Raya visit.
As I have promised, these are the photos taken on the 1st of syawal.
Wish you were here too.
Hope you enjoyed your Syawal in Ireland.

11 comments:

IMANSHAH said...

Biar hati sejernih air,jangan pula dipenuhi lumpur
Kalau salah belum berakhir,harap diampun dengan rasa syukur
Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba
Jika ada salah dan silap, harap diampun di hari raya...
Biar amarah disunting sunyum,ibarat pekerti disulam kasih
Harap dihalal makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih

cheryna zamrinor said...

mesti org nieh tak dpt bersama kowang...that's why dia kena tgk blog aje kan? siannye...harap2 org yg akan tgk gambar nieh seronok berhari raya:)

nice pix...terutama yang last sekali tuh...nampak cam hepi giler:)

selamat hari raya, maaf zahir batin:)

Granny Hani said...

terima kasih iman, selamat hari raya untuk iman jugak..

Granny Hani said...

yer lah, dah terpaksa berjauhan tu nak wat cmna..cuam harap2 sentiasa dekat di hati..Selamat hari Raya Cheryna.

Wan Mohd Nazdmi said...

Those pictures makes me cry.I miss them.

Ibu.Saat ini aku sangat rindu padamu. Entah mengapa setiap laku seperti mengingatkan aku padamu. Ketika aku memerlukan tempat untuk bercerita, engkau tiada di samping. Sedangkan aku perlu gagah untuk menadah cerita-cerita duka dari manusia lain, namun aku juga punya cerita yang lebih perit. Kalaulah mereka semua sepertimu, memahami dan menyokong, pasti sahaja mahu aku kongsikan semua yang telah aku lalui. Tapi mereka tidak sepertimu, ibu, yang mampu ceria dalam air mataku dan tahu bila aku jatuh. Jatuh yang sendiri.

Ibu, semalam telah aku alami suatu yang menyeksakan, tapi tak tahu pada siapa harus aku beritakan. Mereka seperti memahami tetapi sebenarnya tidak. Aku yakin bukanlah mereka sepertimu, bahkan ada yang ketawa bila semangatku turut goyah. Tak mungkin akan aku ceritakan pada manusia-manusia seperti itu. Aku seolah-olah hilang sekarang, ibu. Cepatlah pulang agar dapat aku luahkan segala kejadian dahsyat yang aku simpan sekian lama.

Granny Hani said...

a love to strong to die,
Di mana jua ibu berada, dekat atau jauh..dia kan sentiasa meletakkan anak nya rapat di hati..hope u will see her soon...sabar lah.

Wan Mohd Nazdmi said...

Dalam hidup ini
Terkadang kita benar
Selalunya silap lebih layak untuk kita

Benar dan silap
Siapa bisa menduga
Mana yang benar
Mana yang silap
Hanya Dia tahu

Apa itu benar?
Apa itu silap?
Jawapannya pada Dia

Maka bertanyalah padaNya
Tapi kita sombong
Konon tahu benar
Konon faham silap

Setelah benar dan silap menjelma
Baru mengerti
Andai benar ditegar
Betullah jalan
Jika silap didakap
Salahlah jalan

Percayalah
Dia lebih tahu
Benar dan silap
Seringkali bertembung
Datang beriringan

Dan kita punya ruang
Yang mana harus diambil
Maka penuhilah ruang itu
Sebelum benar menjadi silap
Sebelum silap menjadi benar

Benar dan silap
Tak mungkin keduanya dipilih
Tak mungkin keduanya bermesra
Tapi Dia juga yang tahu

Lumrah dunia..kadang2 keputusan yang nampaknya benar mungkin silap pada akhirnya.Tak ku ingin pulang tanpa kejayaan kerana harapan mu menjadi nyawa.tapi apakan daya diri ini,hanyut di lautan manusia,mencari semangat yang hilang.sudah ku cuba sedaya upaya namun hanyalah kegagalan yang ku lihat.ak malu pada semuanya.diri ini tak terjaya lagi.ku sangkakan indah tapi rupanya perit yang mendatang.alangkah nasib hidupku bergenang air mata,sedangkan sahabat teruja melihat dunia yang baru..pada siapa lagi hendak ku luahkah....

Wan Mohd Nazdmi said...

I wish i could have the strenght..I wish i could have someone who can understand me..I never wish to break his heart neither i wish to feel regret with my decision..I wish he read all my comment..Sorry to use your page to deliver my massage as i know he will always read your blog..Im fighting with my feeling and everything that i did seems to be wrong.How am i going to survive here if my mind cant stop thinking of the consequense if i still carry on.I thought everything is going to be fine as i was full of spirit until i experienced by myself.Im totally lost.....

Granny Hani said...

I wish he read this.
I wish you two can discuss things and be happy.
I wish I can help you.
I wish I know how...

Wan Mohd Nazdmi said...

I wish God can fulfill your wish....

Granny Hani said...

hm..so u r still here? why not ym me at nohnorhani@yahoo.com..itu pun kalau sudi laa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...