Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, September 5, 2009

Resipi untuk entri 'Selamat berbuka'

UNTUK 4 ORANG

Kerabu sotong

Sotong rebus dan potong bulat 2 ekor.
Serai 2 batang-mayang halus
Mangga muda sebijik-mayang halus
Tomato sebijik-potong kecik2
Cili api 2 tangkai-mayang halus
Sohuun rebus sampai lembut-1/2 cawan
Bawang besar -mayang halus
Daun ketumbar- mayang
Nam pla 2 sudu besar
Gula 2 sudu besar
Lemon-amik airnya sesudu kecik.

Cara cara nya
Gaul dan hidang..Sebenarnya ikut suka/selera la bab masam n pedas tu.

Ayam Masak Masala

Ayam- potong kecik2
Halia 1''-mayang
Bawang Putih 2 ulas-mayang
Cili kering- blend lumat
Garram masala 1 sudu
Bawang besar 2 labu-belah lapan
Tomato 2 -belah empat
Cili Hijau 3-belah dua
Carrot potong panjang
daun kari
Daun ketumbar/daun bawang
Halba campur
kicap pekat
garam, gula,asam jawa, perasa
( Kentang potong dadu jika suka)

Cara caranya
Goreng ayam-toskan
Tumis halba campur beserta halia,bawang,cili kering dan daun kari.
Masukkan garam masala
Masukkan ayam dan air
Masukkan air asam jawa,garam gula,perasa dan kicap
Masukkan carrot,bawang besar, cili hijau n tomato
bila kering angkat,tabur daun bawang n d.ketumbar dan hidang.




Sup ekor Special

Bawang putih, halia,serai tumbuk lumat.
Ketuk lengkuas.
Ketumbar bijik-sesudu, tumbuk lumat
Akar pokok ketumbar-ketuk
Lada hitam
Asam gelugur
Cili kering potong kasar
Kayu manis, cengkih,buah pelaga n bunga lawang
Garam n Perasa
Daun ketumbar/saderi/bawang dan limau nipis

Cara cara nya
Rebus hingga empuk
Hidang bersama bawang goreng.daun saderi,ketunbar,daun bawang dan jus limau nipis.

Kan betul mudah tu. Bagi yang dari semalam duk calling2 mintak resipi ni harap berpuas hati.Just call kalau ada apa2 masaalah. Nak resepi lagi? Boleh saja...InsyaAlah.

4 comments:

nik nazlyne said...

thanks for sharing. nak buat lah kerabu sotong tu kena gi beli daun ketumbar dulu..

hani@debumelukut said...

wei..lama nyer sepi...Su suka kerabu sotong ni dan boleh tukar dgn ikan ke, udang ke,kaki ayam ke..asas nya sama je

TokNabe said...

Kerabu sotong tu memang pembuka selera... masam2 pedas. Sedap tu...

maiyah said...

salam.. nampak sedap kerabu sotong tu.. makasih resepi nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...