Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, January 7, 2011

Anak saya kenal 'Tamparlogi' saja..

Pesan seorang Ibu kepada saya.
"Cikgu, Anak saya ni tak boleh di tengking herdik, lemah semangat.. cikgu ajar lah anak saya ni macam cikgu ajar anak cikgu sendiri...."
Macam tu ka?
Betul saya bangga dengan kejayaan anak2 saya, tapi bukan cara tu saya mengajar mereka.
Awak tak tau macam mana saya ajar anak2 saya kat rumah.
Saya tak reti manja2kan anak ni.
Bab belajar saya tak ada kompromi.
Mesti buat yang terbaik.Mesti.
Tanya lah anak2 saya tu, siapa yang tak menangis setiap kali mengadap saya untuk menyiapkan kerja rumah atau untuk sessi pembelajaran..Tak ada sorang pun.
Kalau anak saya lah tak buat kerja sekolah, tak merasa nasi lah hari tu selagi tak di siapkan kerja rumah dulu.
Kalau anak saya tak hafal apa yang saya suruh hafal, tido kat meja lah,jgn harap nak masuk tidor atas tilam empuk.
Sebelah tangan pegang rotan, kalau tak pun telinga tu merah2 kena pulas.
Selagi tak masuk apa yg diajar selagi tu saya uli, saya latih tubi.
Saikologi? tak, tamparlogi.
Air mata berjurai2 lah, terketar2 lah jawap soalan dalam nada tengking saya tu.
Tapi itu cara saya dan mereka anak2 saya..Saya berhak guna cara mana pun.
Hasilnya...Hasilnya tidak mengecewakan.Alhamdullilah.
Saya ni wahai ibu bapa yang di hormati,
Kalau boleh, nak ajar anak2 tuan puan macam anak sendiri.
Tapi saya takut nanti sekolah dapat surat layang pulak.
Atau tak pasal2 ada yang datang cari saya kat sekolah dengan parang.
Mana tau tak pasal2 PPD tukarkan saya atas aduan salah laku..
eee..tak nak saya macam tu.
Oleh kerana itu maka tak dapat lah saya buat apa yang suruh saya buat tu.
Budak2 sekarang, usahkan sentuh sikit, tinggikan suara pun dah sibuk mak bapak hello kat cikgu besar.
Kalau saya denda kerana tak siapkan kerja sekolah pun salah.
Denda sikit tak boleh, marah sikit tak boleh..
Pas tu macamana saya nak ajar anak tuan puan seperti saya ajar anak2 saya tu..
Tarik balik lah permintaan awak tu yer..Maaf sajalah.

2 comments:

su said...

su stuju tuh,,,hik3!

Zuraini Kamal said...

ha ha ha teringat sy kpd `ajaran' mak saya; dia pon cikgu jugak; `zaman British lagi!! dia mengajor kami sebijik mcm Cikgu ngajor anak2.. kami asyik mkn rotan; lempangan (bukan lempeng!) dan jugak pulasan telinga!!! sy memang sentisa kena dapat TOP 3; (bukan top 10) kalau lower than that - alamatnya kompom talipinggang!

anak2 saya??? .......... saya tak gamak mjadi seperti ibu bapa sy.. honestly itu bukan keutamaan sy anymore.. bukan sebab sy tidak memetingkan akademik; cuma sy telah melihat kehidupan hari ini dgn perspektif yg berbeza & horizon yg terbuka.. Berjaya dlm hidup tak semestinya berpaksi kpd EXCELL dlm ACADEMIC! i might be right & i might be wrong.. tp itulah sy.
kpd cikgu anak2 saya; memang sy pesan `ajarkanlah & buatlah apa sj asalkan tak cacat cela! dan sy tak pernah mpersoalkan tindakan guru2 kpd anak2 saya; so far so good

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...