Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, January 29, 2011

Banyak macam musim...

Segalanya bermusim.
Hari ni cuti sempena musim perayaan.
Buah buahan bermusim, cuaca pun ikut musim.
Sekarang kat rumah ni musim 'Perlu rawatan'.
Si Kakak duk sakit nak bersalin..
(Si kucing 'Kropok' tu pun duk gelisah nak bersalin jugak kot.)
Si Bapak pun tak sihat, batuk dan selsema.
Si Iffah yang baru balik bercuti duk komplen gatal2 seluruh badan.
Si Anis pulak ada appointment dgn pakar mata esuk.
Si Bibik masih berbalut tangan kesan dari luka yang dalam.
Si Mummy?
Mummy kan jenama kalis cuaca.
Hari ni pagi2 dah tercegat depan kedai jual 'Nasi Berlauk'
Kalau soru tak miss mummy tak ada problem..hehehe
Harap Tuhan bagi mummy sihat sokmo.
Asal hati senang, fikiran jadi positif dan badan jadi kuat.
Dan sememangnya mummy 'musim senang hati' sehari dua ni.
la la la la................

2 comments:

shafida said...

wah...nk dapat cucu yang ke berapa nie? patutlaa panggilan timangan mokwo..hehehehhehe

cucu pompuan ke laki?

Granny Hani said...

shafida,
belum bercucu lagi la..hampir nak bercucu. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...