Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, January 12, 2011

Pengalaman pertama yang lawak.

Tak ada keje cari kerja.
Semalam ada kawan ajak saya ke tempat rawatan tradisional untuk resdung/jerawat.
Pertama kali saya ke tempat macam tu, saja lah curious, nak tahu macamana rawatan di jalankan.
Saya terpaksa buat rawatan jugak untuk membolehkan saya masuk ke dalam bilik rawatan.
Saya reka saja lah penyakit yang sewaktu dengan nya.
(kalau betul dia hebat, semestinya dia dapat rasakan yang saya tak ada apa masaalah pun)
Yang boleh saya katakan hanya lah semua nya tidak di terima oleh akal saya.
Sudahlah segala peralatan nya tidak bersih tak pasal2 saya di paksanya telan beberapa jenis ubat/capsul.
Mula2 tu takut jugak lah, entah ubat dari mana yg dia hulur tu.
Saya cepat2 beritau yang saya baru telan ubat dr hospital..Takut lah saya.
Di selimutkan nya saya dengan sehelai kain yg dah berapa org guna dah...berbau. Mual saya.
Di tepuk2 nya pipi saya oleh kerana saya beritau yang saya ni resdung..Sakit free saya semalam.
Pas tu dia keluarkan keris, saya rasa nak lari dah..tapi sabar, kan niat nak tenguk sendiri.Sabar.
Last sekali dia tuang air ke dalam mangkuk dan katanya tgok lah ulat2 dari pipi saya.
Yer ke ulat? saya tgok macam sepah limau purut yang dia lumur kat pipi saya saja.
Atau pun yer ke dari kulit saya, sebab saya tak check pun mangkuk tu sebelum dia hulurkan.
Aduh aduh aduh...Nampak gaya saya nak pencen lah.
Jadi bomoh lagi baik.
puh kiri puh kanan dapat rm 10-20 ringgit, baru 10 minit..Kalau sehari berapa?

1 comment:

Aida Ali said...

Seram gak dengar cerita tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...