Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, January 23, 2011

Pulihkan semangat saya wahai murid pemulihan.

Esuk saya nak cakap Tamil.
Cakap melayu awak tak faham,
cakap Inggeris lagi lah awak kurang faham.
Jadi macam mana sya nak inject ilmu ke dalam otak awak tu.
Tak der cara lain dah, melainkan cuba bahasa lain.
Kalau awak faham, tak kan lah awak hilangkan buku teks(skim pinjaman pulak tu) yg baru saya beri tu.
Kalau bahasa saya sampai ke otak awak tentu awak dah buat dah kerja rumah yang saya bagi Khamis lepas.
Walau dah 3 tahun di bangku sekolah, baca perkataan dua suku kata pun awak masih terkial2
Si Haikal tu abjad pun belum boleh hafal.
Itu tak kira Si Zahir yang tidor dalam kelas dari pagi sampai waktu balik.Tido mati lagi.
Tak dapat2 walau berbagai pendekatan dah saya cuba.
Saya ni macam bercakap seorang bila berdepan dgn awak semua.
Terkebil kebil..Kosong sekosong kosong nya.
Kadang2 tu rasa kesian,
Bukan pilihan mereka untuk jadi selemah itu.
Astaqfirrullah...
Tuhan lapangkanlah minda anak anak ini dan permudahkan lah mereka menerima ilmu yang ingin saya hulurkan.
Sabar lah cikgu..Banyak2 sabar.
Nak ubat hati yang kecewa saya ingat kata2 ini.
Kalau semua murid bijak2 belaka, semua jadi doktor dan engineer..
Siapalah nak buat rumah batu yang gah bakal di duduki oleh para2 profesional,doktor2..engineer2, menteri2....
Mana tau satu hari nanti, murid2 saya yang istimewa ini lah yang masih bangga memanggil saya 'cikgu' waktu berselisih di jalanan.
Tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan masa depan.
Yang pasti esuk,
Cikgu nak cakap Tamil!

5 comments:

KizZ said...

Aish..leh cakap tamil eh cikgu?Wah..huhu..susah jugak ek jadi cikgu ni..saya tengok akak saya pun kecian..tapi itu lah guru,jasanya memang hingga ke akhir hayat kita..

Jom sini,
Minum air masak anda jadi sihat dan kuat

KizZ said...

Huhu..
Guru...jasamu tetap dikenang..
Erk..pandai ke cakap tamil cikgu??

Jom sini,
Minum air masak anda jadi sihat dan kuat

Granny Hani said...

KizZ, Nak cuba segala pendekatan..asal mereka boleh tangkap apa yg di ajar.

Zuraini Kamal said...

ha ha ha fun teacher.. sabar ye

Granny Hani said...

Pn Zuraini,
InsyaAllah, semoga Tuhan bekalkan saya kesabaran yang cukup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...