Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, January 28, 2011

Sakit ini rahmat Tuhan, Alhamdullilah.

Dah dua malam saya menunggu anak di bilik ini.
Dah dua malam jugak anak saya merasai detik permulaan bakal ibu.
Macam tu lah anak, begitulah yang semua bakal ibu rasa.
Sakit nak bersalin ni ada yang sekejap ada yang lama.
Tapi sakit untuk melahirkan seorang insan tu serupa.....
Sakit dan sakit dan sakit.
Sabar lah anak, dah begini yang tertulis di azali.
Sakit kali ini sakit yang panjang..
Ujian kesabaran dari Tuhan.
Letak lah di dalam hati redha dan syukur,
kerana setiap kali datang sakit ini adalah rahmat.
Gugurlah dedaun dosa di ranting usia mu seperti pohon di tiup bayu.
Itu janji Tuhan pada kita ibu2.
Itu lah kelebihan kita yang dilahirkan sebagai perempuan.
Mudahnya ke laluan syurga,
Syukurlah dengan sakit ini.
Masihkah sakit2 seluruh badan mu itu anak?
Tahniah, kamu bertuah.
Tuhan memberi mu peluang untuk merasai nikmatnya
menjadi Ibu.

2 comments:

Makcu B said...

Belum bersalin lagi ke? Ibu2 sentiasa merasai kesakitan anak2, menadah airmata anak, membelah jantung untuk dikongsi bersama pun, ibu sanggup!!

Granny Hani said...

Belum jadi ibu kita tak tau apa yang seorang ibu rasa..dah jadi ibu baru kita tau kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...