Kalau boleh tak nak pergi sekolah hari ni.
Saya sakit perut.
Malam tadi saya tak dapat tidor, asyik berulang alik ke toilet.
Lemah badan saya hari ni, rasa macam nak demam.
Perut kosong, takut nak makan,takut keluar balik.
Mual dan rasa amat tak selesa.
Tapi kerja saya berurusan dengan benda hidup, bernyawa.
Budak budak kecik pulak tu, bukan senang nak cuti sakit.
Kalau setakat sakit perut gini memang kena pergi sekolah jugak.
Lain lah kalau dah tak boleh bangun dari katil, terlantar gitu.
Kesian kawan2 saya kalau saya tak hadir,
Kena pikul tanggung jawap yang sepatutnya saya pikul.
Menanbahkan kerja orang lain yang dah banyak kerja.
Nampaknya saya tak boleh bercuti hari ni.
Lepas solat subuh nanti saya nak makan ubat.
Bawak bekal air teh tanpa gula dan roti kosong saja.
Minyak gosok pun kena bawak, teruk la bau saya hari ni.
Kalau tak tahan jugak, saya akan ke klinik selepas waktu sekolah nanti.
Nasib baik tandas dengan kelas saya tak jauh mana.
Harap harap segala nya akan bertambah baik..InsyaAllah.
Doakan saya, semoga cepat pulih yer.
1 comment:
InshaAllah..baik lah nanti tuhh, satelah membuang berkali2. Banyakkan minum air suam..
Moga dapat meneruskan mengajar hari ni..
Post a Comment