Kalau dapat tugas yang saya boleh buat, InsyaAllah saya buat.
Kalau tugasan itu termasuk dalam tugasan yang saya ada kepakaran lagi lah cepat saya siapkan tugasan tersebut.
Jangan lah bagi tugas yang saya tak tahu nak buat.
Macammana saya nak uruskan nya.
Bukan saya tak nak sudahkan tapi memang saya tak tau macam mana nak mula pun.
Bukak tutup fail berkali2...
Bertanya sana sini tapi tidak banyak membantu mempermudahkan payah ini.
Saya buntu..
Terus terang saya tak reti..
Angkat bendera putih pun kena buat juga sebab dah di pertanggung jawapkan.
Agaknya ni lah sebab saya terpaksa telan Panadol malam tadi.
Dan pagi ni bila tengok fail bersepah atas meja ni, mula berdenyut2 lagi kepala saya.
Kesian otak saya..
Kalau saya kaya raya dah lama saya pencen dah.
Huhuhuhuhuuuu...!!!!
1 comment:
memang pening kepala, nak menyiapkan kerja yang kita tak tahu, tak minat dan tak suka....apa-apa pun terpaksa ditempoh juga demi mencari rezeki..
Maaf kalau saya bagi nasihat ...Belasah jeee...hehehhe( saya rupe ni laa kalau nak hilang tension...)
Post a Comment