Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, February 1, 2011

Di bahu saya tangisan dia tumpah.

Letih saya dengarkan masaalah kawan saya nih.
Saya lah tempat dia berkongsi segalanya.
Saya ni nak kata boleh pegang rahsia tu tidak jugak.
Kadang tu kalau tak terbendung, tercicir jugak setengah2 tajuk tu.
Bukan pecah amanah, saya tumpang benggang dan memerlukan second opinion.
Saya cuba sedaya upaya menjadi pendengar yang baik.
Saya tak nafikan, kadang2 tu dia 'hot' dengan pandangan2 saya.
Kadang kadang pandangan saya tak nak di pakai guna.
Bukan semua jalan yang saya tunjuk dia pilih.
Itu hak dia, saya pun tak paksa dia pilih ikut telunjuk saya.
Saya cuma cuba bersimpati walau tak boleh menyelesaikan.
Saya hanya boleh hidu bau masaalah itu dan meneka macam mana rasa nya.
Saya yang sekadar meneka kepahitan tu tentu tak sepahit tekak dia yang menelan rasa pahit itu.
Nasihat saya...
Pahit pun telan sajalah..Kadang kadang yang pahit itu lah yang menjadi penawar.
Sabar lah.

4 comments:

KizZ said...

Betul-Betul...Sabar je larh orang macam ni ya..

Jom sini,
Tong-tong duit,pelik ke?PArt ii

hani@debumelukut said...

Begitu lah hidup ini KizZ

Makcu B said...

Ubat kebanyakkannya pahit terutama untuk orang tua mcm kita. Ubat budak2 aje ada yang manis.

hani@debumelukut said...

Makcu mana beso makan ubat pahit..kalu setakat panadol tu tok masuk golongan pahit lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...