Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, February 8, 2011

Kebun dalam kepala saya.

Fikiran ku adalah ruang yang berserabut seperti semak samun didalam tanah terbiar.
Segala jenis persoalan tanpa jawapan bercambah bak kulat tumbuh selepas hujan.
Seribu macam keputusan yang perlu saya buat tapi tak sanggup nak buat.
Berbelit belit andaian dan tekaan liar, subur di bajai resah dan ketidakpastian.
Serabut.
Serabut sungguh melayan fikiran yang macam ni.
Perlu saya bawa parang dan tebas saja perkara2 yang tak penting yang tumbuh subur tu.
Atau patut saya sembur racun rumpai agar yang bercambah tu pupus terus.
Mungkin juga saya patut nyalakan api dan bakar semua semak samun dan jadikan tanah kosong ini subur berbaja untuk saya mula menyemai tanaman yang lebih berfaedah.
Seharusnya saya bermula sekarang,
dari terus menunggu2 masa yang sesuai, saya membuang masa sebenarnya.
Tidak berbaloi tenggelam di dalam semak samun yang begini.
Untuk apa? Untuk siapa saya bebankan diri saya, mendera diri sendiri?
Fikiran saya adalah tanah ladang saya.
Maka hari ini saya nak tanam keyakinan bahawa esuk adalah lebih baik dari hari ini.
Saya nak semai benih benih redha dan syukur.
Saya nak bajainya dengan doa moga Tuhan merestui niat saya.
Saya nak tuai lebatnya bahagia yang tidak bermusim.
Alangkah manisnya kehidupan di masa depan jika di waktu ini saya mula menanam semula.

2 comments:

umi~wannza said...

Salam perkenalan...nak tinggal jejak lah sekali!
suka baca blog hani@debumelukut...klasik lah lagu Bawang Putih Bawang Merah tuh..hehee..suker!!

hani@debumelukut said...

tq kerana tebarkan salam itu..salam bersambut.
tq juga kerana tinggalkan jejak..
Hehehe..lagu ni buat akak rasa nak kawin dgn anak raja jer lah.Masa dulu nak juga kawin dgn anak raja tapi anak raja yg tak nak kan kita ni..huhuhuuu...!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...