Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, February 25, 2011

Mok Bidah dalam kenangan. 5/2/2011


Di pusara mu yang masih merah tanah nya,
mula berputik rindu.
Baru semalam nafas terakhir mu terhenti.
Seakan bertahun rasanya di hati.
Kami meninggalkan mu, bersemadi di situ,
meneruskan perjalanan yang belum selesai.
Damai lah kau di sana,
Keturunan mu telah kau tinggalkan.
Pemergian yang ditanggisi namun kami redha.
Kami iringi jasad mu dengan perarakan kasih sayang.
Mati itu satu ketetapan.
Nenek, hari ini seluruh anak, cucu,cicit mu mendoakan,
Semoga roh mu di tempatkan bersama orang2 yang solih.
Selamat jalan nenek, aku sesungguhnya
terlalu ingin menangis tadi tapi kedewasaan ku berbisik di telinga.
Pergilah nenek, namun di hati ku nenek tetap kan ada.

2 comments:

Makcu B said...

Salam takziah untuk kak Ni sekeluarga. Imaad mengganti jurai keturunan..

hani@debumelukut said...

tq MakCu,Kami kehilangan satu2 nya orang yang paling senior dalam 'family tree' kami.Imaad tak sempat kenal 'tok moyang'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...