Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, February 5, 2011

Nak mengaku kawan pun malu..

Ni bukan mengumpat.
Nak cerita pasal orang ni.
Sahih dan benar, bukan cereka.
Nama nya rahsia.
Asal jugak rahsia.
Berusia 50an.
Cara hidup dia mengalahkan anak muda.
Kalau orang lain dalam usia tu dah bertapak,
dia masih mencari cari ..
Bukan tak ada pasangan, ada .
Anak2 pun dah besar panjang.
Perasan muda belia.
Tapi dah hobby dia agaknya, menjaja hati.
Siap dengan permit 'masaalah rumah tangga' untuk di jadikan umpan.
Maka berduyun2 lah penawar hati yang nak cuba nasib nih.
Saya ni dianggapnya kakak, tempat dia failkan segala untung nasib dia.
Kadang kadang saya sindir2 jugak, nyampah jugak dengan isu terkini dia tu.
Dia nak menunjuk nunjuk, tak sadar diri kubur dak kata mari saham masih tinggi
Kalau cari yang lain untuk di kahwini tu yer lah jugak.
Saya tak halang dari duk buat dosa begitu.
Ini tidak, sekadar berfoya foya.
Dah tebal jugak lah fail 'teman tapi mesra' dia tu.
Saya bukan apa, kadang tu rasa kesian dengan hati yg dia lukakan.
Bukan sorang dua, ramai dan masih ramai tunggu giliran untuk di lukakan.
Tapi nak menegah pun apa lah kuasa saya ni..
Lagi pun mereka bukan di paksa, rela memperbodohkan diri sendiri,
kita tak kan nak pandai2 melarang pulak.
Saya cuma tunggu kebesaran Tuhan, kerana Tuhan itu Maha adil.
Sampai bila dia nak guna kelebihan kuasa pikat dia tu,hanya Tuhan yang menentukan.
Sekarang baru saya tahu kenapa lah room mate dia lari tinggalkan dia tinggal berasingan.
Dah dapat yg gatal macam ni, hari2 makan hati.
Padan laaaa...
Ingatan buat kita..
Hati2 dengan orang yang 'Alim Kucing' ni..Nampak baik tapi baik ada benda tuuu...

6 comments:

Kazaztan Team said...

salam,

susah juga bila tak sedar diri...tolong igtkan die..ehehhe

Aida Ali said...

Lelaki ke perempuan tu?

hani@debumelukut said...

kazaztan,
Biarkan lah luncai terjun dengan labu nya

hani@debumelukut said...

pn Aida,
Agak2 laki ke ppuan?
kalau laki2 biasa la kann..
Kalau ppuan?
bukan tak biasa...
test market..

Aida Ali said...

Kalau perempuan, hebat betul dia. "Masih ramai tunggu giliran untuk dilukakan" Kemain...

hani@debumelukut said...

pn Aida,
lelaki atau ppuan sama saja zaman sekarang ni..Hanya dia yang tahu kenapa dia pilih begitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...