Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, February 15, 2011

Wahai orang2 kampong tengok sini.

Awak ada kereta besar, awak pandu hulu hilir, tayang sakan.
Awak ada rumah besar,siap tayang masuk majalah lagi.
Awak ada kebun sana sini awak letak papan tanda hak milik besar2..
Awak ada gelang emas berlian, sampai ke siku awak pamerkan pakai.
Tapi saya tak ada semua tu.
Saya sedar saya miskin harta dan saya tak kisah pun.
Tuhan mendengar dan makbulkan doa saya.
Hari ni saya nak tayang harta saya jugak lah.
Alah, bukan selalu..pertama kali nak buat pameran.
Betul lah tu, saya memang nak tayang cucu.
Ini lah satu satu nya cucu saya yang baru melihat dunia.
Kalau kirakan nilai dia dengan emas berlian, jauh dia lebih bernilai buat saya. terlalu bernilai.
Dia kecik saja,2.6 kg. Orang kata "Good things come in small packages",harap2 betul lah tu.
Lupa nak cakap awal2, dia ni 'boy', kan biru tu baju yg dipakai nya. Why does it have to be blue for boys? Tak kisah lah..
Cukup syukur kerana anak dan ibu selamat. Beban risau di hati saya terus cair bila dengar tangisan pertama cucu.Alhamdullilah,Maha besar kuasa Tuhan yang menjadikan seorang manusia sebagai sebaik2 makluk Allah.
Dia lah intan payung, permata hati dan kebahagian bagi saya.
Tidak ada yang kekal melainkan Allah tapi saya dah cukup syukur kerana Tuhan pinjamkan dia untuk saya sayangi.
Terima kasih Tuhan. Saya bahagia.

14 comments:

Acik Erna said...

as salam hani..tahniah dengan kelahiran cucu.
alhamdulillah ibu dan anak sihat.

Granny Hani said...

Tq kak Erna.Yer, Alhamdullilah, ibu anak sihat..nenek pun kena sihat jugak kann..hehehe

Ibu n Abah said...

salam puan hani...
Tahniah diatas kelahiran cucu..
Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang Allah snw berikan....

Granny Hani said...

Ibu dan ayah.
Terima kasih atas ucapan tu.Syukur yg teramat.

Anonymous said...

Alhamdulillah. Semoga dia dirahmati pada seluruh kehidupannya.

Mountain climber

zul permatang badak said...

...Mmmmm.....comel cucu dio.Oghe laki....?bertambah lagi hero....dumoh tu.....

Tahniah dari saya.......

Anonymous said...

assalamualaikum

tahniah kerana sudah dapat cucu
moga semuanya baik2 sahaja... insya ALLAH ~

Granny Hani said...

Dear mountain climber,
Tq .hoping one day he will be as strong as you the mountain climber.

Granny Hani said...

Manje, Tq dan segala nya baik2 saja.

Granny Hani said...

Zul permatang badak.
yer, bertambah lah warga lelaki kat umah ni..Kalau saya meniggal nanti, dah cukup empat untuk usung saya ke persemadian.Alhamdullilah

makcu B said...

Rasanya yang ditulis TAK ADA tu..... telah dimiliki, saja tak nak pukul canang.

Sally said...

Beruntung si kecil dpt Atuk n Granny penyayang..i didn't catch his name..

Granny Hani said...

Pn Sally,
He is Imaad Wafiy. The one and only Imaad wafiy. Mine.

Anonymous said...

Supe aunty dia la cute

Anispunya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...