Semalam saya ke rumah seorang sahabat.
Seorang yang saya anggap bertuah.
Dia cantik, sentiasa senyum.
Sentiasa di hujani nikmat rezeki yg berlimpahan.
Kasih sayang juga melimpah ruah.
Rumah nya lengkap, di hiasi perabut mahal.
Hiasan nya gaya mewah walau usia dia sangat muda lagi.
Saya sempat duduk bersembang dgn mak mertua dia.
Betul lah, jarang ada mak mertua sebaik ini dengan menantu nya.
Dan jarang juga ada menantu yg sebaik ini dengan mertua nya.
Saling menghormati dan kasih sayang pun bukan plastik.
Kawan saya itu berasal dari kampung yg jauh di pedalaman,
bersuamikan seorang lelaki dari keluarga berada.
Kata orang tikus yg jatuh ke dalam guni padi.
Tak pelik?
Teruskan membaca yer..
Kawan saya ni segala urusan rumah tangga di bahu dia.
Dari menjadi drebar, tukang kebun, arkitek, tukang paip dan apa apa lah.
Bab bayar bil, finance kereta, urusan kerajaan dan sebagainya,
Letih nak senaraikan...Semua benda dia uruskan dgn jayanya.
Panjat pokok mempelam pun dia jugak.
Walau dari segi kewangan dia tidak perlu risau,
Urus mengurus tu, dia pikul segala.
Dia sentiasa sibuk...tak de istilah rehat bagi dia yg sgt rajin nih.
Bertuah lah suami dia ni.
Bertuah lah anak2 dia ni.
Bertuah lah mertua dan ipar duai dia ni.
Payah nak cari wanita seperti dia,
Dia lah seorang perempuan yang rela bersuamikan seorang lelaki,
yg cacat penglihatan,
yg memerlukan sokongan setiap masa,
yg perlukan kesabaran hati seorang isteri yang sempurna fisikal.
Perempuan yang saya anggap kawan ini,
kuatnya bukan hanya kuat fisikal..
Kukuh semangat dan gagah fikiran.
Cekal.
Sanggup kah anda berada di tempat nya?
10 comments:
Ya Allah kak...
bila baca kisah2 begini menjadikan kita lebih mensyukuri nikmat Allah ...
Allah itu maha pengasih penyayang .. dia berikan sedikit kesedihan di sini kegembiraan di situ pula ...
Dia memang wanita satu dlm sejuta.semoga tidak ada yg memandang serong ketulusan hati dia.
saya mungkin tidak mampu berada di kasutnya.
moga ganjaran syurga buatnye nanti...:)
Makcu tak sanggup, tak boleh memimpin kerana makcu sendiri pun perlu dipimpin bila ada "lubang2" atau "lopak2" di depan rumahtangga.....HIDUP MILAH!!
Tabahnya dia. Huhuhu~
Ujian kita lain-lain kan kak?
Semoga dia terus tabah dan semoga Allah begi dia sebesar-besar ganjaran, amiiinn. :)
Ya Allah, segalanya telah ditentukan...syurga tempat wanita itu, InsyaALLAH
Semoga berbahagia...
Allah kak..begitu besar kuasa tuhan...
Salam Hani,
Keluarga tu tak cukup berada sebab kerja2 yang hani sebutkan semua kawan hani yang buat, tu adalah kerja2 berat seharusnya mak mentua, upah orang, menantu should 'sit pretty' meneman makan minum dan sbgnya disamping suami yang butanya..
Pada pandangan akaklah..
entah lah kak granny hani, kita tak tau diri kita sehinggalah diuji oleh Nya. mmg tabik spring lar dkt kwn kak tu, semoga dia berbahagia dunia akhirat.
Post a Comment