Baru 10hb poket dah nipis.
Saya ni kuli, kalau Big Boss tu lain lah.
Sebenarnya bukan salah skim gaji,
tapi saya ni pemboros agak nya.
Laju saja keluar duit kalau ada berbaki.
Ni, tengah2 bulan macam ni,
Saya banyak duk di rumah lah.
Rajin betul masak, urus rumah, isteri mithali gitu.
Extra rajin.
Mana tau ada orang kesian,
tempias sekeping dua jadi lah.
Kawan2 saya ramai yg berniaga.
Wahh maju jaya lagi mereka tu.
Saya nak niaga? Tak sanggup.
Menghabiskan modal ada lah.
Tak reti, tak pernah2 berniaga.
Time tak de duit ni otak ligat fikir yg bukan2
Nak menoreh?
Mana ada kebun, pisau toreh pun tak kenal.
Nak tanam padi?
Lintah wei....tak sanggup gak!
Nak tak nak..
Kira hari, tunggu cukup bulan.
Sementara tu buat muka kesian,
huhuhuhuuu.....!
8 comments:
At least GH ada juga masyuk tiap bulan, saya ni memang bulat2 harap gaji en.somi!
Kuli gomen tapi poket tebal... hehehe...
assalam Hani..sama lah ngan acik bulan ni..dah tua macam acik ni bukan abih kemana pun..ke segala macam vitamin yang orang dok promote..tenaga dah kurang sementara nak tunggu pencen ni..apa je yang kata boleh sehat dan menambahkan tenaga untuk menjalan kerja acik beli..dah kerja kuli macam acik ni banayk keluar..dah tak larat nak menjelajah kebun orang kan..
tu lar pasal kan... camne lah nak buat bagi duit tu sentiasa ada, sentiasa cukup...
Hihihihihihi...
Ingatkan saya jer nak noreh... Atau kait sawit... Kikikikiki...
poket tipis tak kira gomen ke tak tidak. semua nya sama saja.
jenuh cari kotak komen ....
pB pun tengah tungguh 23hb ....
salam...
lama tak dengor perkataan GOMEN...
Post a Comment