Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, March 26, 2013

Cuti ni semua ada.

Hari ni macam ni lah keadaan rumah saya....
-Ruang keluarga dalam rumah saya tu boleh parking bas, jeep, basikal, truck, lori dan segala jenis kenderaan milik cucu cucu. Ruang parking kat luar rumah pula tak muat untuk semua kereta. Jadi siapa yg last balik kena parking di luar pagar. .
-Tidak ada yg bertulang belakang waktu nonton TV..Semua orang baring, meniarap,nonggeng dan segala macam posisi, Jangan ada yg nak lalu lalang dah..Memang sah ada yg kena pijak.
-Hasil masakan saya tak kira sedap ke tidak, sah licin sekelip mata. Kueh tunjuk pun laku.Makan merupakan agenda utama.Menu penuh dalam kepala chef..
Sinki tak pernah kering, ada saja pinggan gelas yg menanti untuk di cuci.
-Ampaian sesak dengan pakaian yg saya tak boleh kenal pasti milik siapa..Kena lelong dulu.
-Selipar/kasut kat depan pintu lebih banyak dari yg ada di kedai kasut.
-Tong sampah sekejap saja dah penuh. Kalau tong pandai menangis, rasa2 dah meraung dah.
-Tandas kena booking..Lepas ni siapa pulak? Jangan potong Q, tambah2 waktu magrib, jam tu lah semua orang berebut.
 -Kuasa bebel saya tak berkesan. Guna bateri heavy duty pun tak siapa nak ikut arahan. Semua buat derk jer...

 Yang dah lama saya tahu dan bakal hadapi ialah...
Kesunyian bila cuti berakhir.
Senyap.
Dinding lah teman saya
Sunyi
Tak suka
Sepi
Saya hanya ada saya.
Hakikatnya semua orang ada hal, ada kerja ada kehidupan sendiri...
Saya kembali mengisi masa saya dengan cara saya sendiri,
sambil menanti bilakah dapat berkumpul lagi.

3 comments:

Nizam.Ariff said...

Alahai... dah tau rasa tu macam mana... bukan sabab aku dah ada anak cucu.. tapi bila melihat air jernih di penjuru mata emak tatkala bersalaman nak balik...

Tak apa lah kak, kita kat alam maya ni sentiasa ada dekat di hati...

Granny Hani said...

Nizam,
TQ dik kerana memahami..Hati ibu semua sama, tak kira ramai mana anak, kurang seorang tetap terasa kosongnya..

insan marhaen said...

inilah kehidupan yang pasti akan dilalui oleh semua orang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...