Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, March 9, 2013

macam tak percaya.

Satu ekor ayam kongsi 28 kanak2 miskin di sebuah rumah anak2 yatim.
Biar betul.
Memalukan sungguh.
Malu sebab kelmarin anak2 beli KFC berlebihan, puas paksa suruh habiskan.
Malu sebab dalam peti ais, lauk pauk yg berbaki berbekas bekas menanti untuk di buang kerana tamat tempoh..
Malu sebab roti dah ada pun saya keluar beli nasi lemak lagi untuk breakfast.
Malu sebab malam tadi singgah kopitiam makan2 sedangkan tak lapar pun.
Malu sebab di kala kita mencari 'antacid' kes perut meragam, terlebih makan,
ada yg belum tentu ada makanan untuk di makan nanti.
Kalau kat negara orang tu lain cerita,
ni kat negara kita yg tersohor mewah dan sejahtera.
Ada lagi ke kat Msia ni yang terabai macam tu sekali?
Tak kan tak siapa tau selama ni?
Tak kan tak siapa ambik peduli.
Setau saya rakyat Msia amat prihatin.
Mungkin terlepas pandang ni..
Hello, wakil rakyat mana?
AJK rumah kebajikan tu buat apa?
Tak kan tak ada tindakan sampai jadi macam tu.
Sedih lah, ingatkan kat negara kita tak der kes macam ni.

3 comments:

insan marhaen said...

IM pernah pergi bersama NGO IM ke satu rumah anak-anak yatim.

Kami diberitahu bahawa paip air mereka baru saja di potong gara-gara berlainan bendera!

Tu rupanya hati perut ahli parlimen kita!

mokja said...

Hani,
kena caya tu...28bahagi1+3...bab tambah tu perkara biasa..,tapi kan lebih sedih ada yang tak tau pun rasa ayam tu macammana...masa jadi cikgu perkara ni ada saya jumpa.Meleleh airmata tgk depa.Setiap hari minta cikgu seringgit dua utk beli beras.JKM kata depa tak perlu tolong sbb ada ibubapa....mlgnya ibu dan bapa yang tak berfungsi.

Ros said...

sedihnya...
pihak pengurusan kena ambil perhatian dan tindakan...
jumpa semua yg berkaitan...senaraikan tempat2 yg dah pergi tu...kalau xde juga apa2 bantuan...masuk Sinar Harian..percaya, kalau dah masuk surat khabar baru ada yg panas punggung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...