Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, June 7, 2009

Jauh di sudut hati

Someone kat blog ada berkata "Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali...biar berkali kali.."
Nak tambah sikit...
Aku rasa la. aku ni memang niat tu nak buat baik sokmo sokmo..bukan berpada pada lagi, tak de had gitu.
Kalau boleh nak buat baik sepanjang masa..Nak ceriakan semua orang yang aku kenali dan jugak orang yg aku tak kenali.
Nak menyayangi semua orang yang sayangkan aku dan tidak mau memusuhi orang yang menyebabkan luka dihati ku.
Nak menyenangkan urusan orang yang dalam kepayahan dan memudahkan urusan orang yang dalam kesusahan
Nak bantu orang yang memerlukan bantuan dan sokong orang yang memerlukan sokongan.
Nak hargai orang yang perlu di beri penghargaan dan bela orang yang patut di beri pembelaan.
Tapi bab buat jahat tu....Nauzubillah.
Secara tidak sengaja mungkin aku pernah jugak buat jahat..
Maafkan aku, aku hanyalah manusia yang banyak kekurangan.
Tapi sebenarnya usah kan buat, niat pun tidak pernah ada di hati ini untuk melukakan hati orang lain..
Jauh sekali menyusahkan orang lain..
Tidak jua mau menjadi duri di hati orang lain.
Seperti lilin, aku rela membakar diri untuk menerangi orang lain...
Yang baik itu hanya lah dari Allah dan yang serba kurang itu adalah dari kesilapan aku sendiri.
Maka
Terimalah aku seadanya.

4 comments:

Tok Ngah said...

You have proven thru to yr words. Can't thanks you enough.

hani@debumelukut said...

tq tok ngah..tak balik kb utk hadir kenduri ke..

Tok Ngah said...

Di jemput tapi asked not to come!

NoRT said...

mana de manusia perfect! dah nama pon INSAN.. makna dlm bahasa arab..INSAN tu PELUPA.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...