Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, February 19, 2011

Imaad dah tak ada jambul..

Kebetulan bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
Niat nak buat majlis cukur jambul cucu saja sebenarnya,
tapi kami kami kira 2 in 1, Cukur jambul+Maulud sekali.
Panggil anak beranak sahaja, majlis kecil kecilan.
Seronok juga melihat upacara cukur jambul ni.
Deria bayi sebenarnya didedahkan dengan rasa asas seperti manis,masin dan masam.
Di mulakan dengan titipan air zam zam dan sedikit rasa buah tamar di bibir.
Juga cincin emas suasa sebagai simbol alat belah mulut, bukan percaya pada yang karut, sekadar adat lama yang tidak menyusahkan dan memeriahkan lagi upacara tu.(kalau nanti membesar dengan mulut celupar, di katakan mulut di belah dengan keladi/birah..betul ke?).
Kedua belah keluarga pihak ibu bapa mengunting sedikit jambul. Mengeratkan hubungan sebenarnya.
Rambut akan di cukur sepenuhnya dan berat rambut akan di timbang mengikut harga semasa emas di pasaran.Jumlah nya akan di sedekahkan.
Seluruh hadirin berselawat ke atas junjungan dan bunga rampai di bahagikan.
Doa kesyukuran di aminkan.
Para jenputan menjamu selera di akhir majlis.
Kami tuan rumah/datuk nenek kepada bayi yang diraikan merasa amat bersyukur kerana yang hadir telah memeriahkan majlis ini.
Alhamdullilah.

4 comments:

Makcu B said...

Kak Ni,
Ada orang kata kalau tukang belah mulut bayi tu pendiam, esok2 bila bayi tu besar.... dia pun tak banyak cakap. Tau angguk2 dan geleng2 saja. Kalau tukang belah mulut tu terlalu peramah, alamat murai dicabut ekorlah jadi bayi tu nanti...

Ibu n Abah said...

Puan Hani...
Alhamdulillah...
selesailah sudah upacara mencukur jambul cucu..
seronokkan bila bersyukur kerana dapat menyambut cucu....

Granny Hani said...

makcu,
gitu ko? nasib baik bukan grandmummy yg belah mulut..kalu grandmummy lah, alamat tak tau full stop lah cucu tu nanti..

Granny Hani said...

ibu dan abah,
syukur di samping rasa tua sangat dah ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...