Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, February 16, 2011

Saya fail kira kira .

Baik lah tuan2 dan puan2, hari ni bukan tajuk terhangat minggu ini.
Tau pun orang dah jemu dengan cerita cucu kita.
Hari ni nak cerita pasal mak nenek pulak.
Laaaagi lah boring tapi cuba lah tahan2 kalau rasa nak termuntah.
Nak dipendek kan cerita dan mengelakkan ramai yang tertidur atas keyboard maka saya nak mula lah ni. Jeng jeng jeng....
Mak nenek tu saya lah.
Padan dengan usia dapat tittle tu.
Usia meningkat mengikut tahun..Usia fisikal.
Usia mental tak banyak mana berubah, hari ni sekadar matang sikit dari kelmarin.
Yang saya heran tu, adalah seorang penyanyi tanahair ni.
Semasa saya di awal persekolahan menengah dulu dia dah jadi penyanyi.
Agak2 usia akhir belasan tahun lah ni.
(Saya baru awal belasan tahun)
Sekarang ni dengar khabar usia dia baru awal lima puluhan.
Aik? Biar betul!
Saya pun dah going to be 51 late this year.
Tak pandai mengira ke saya ni?
Tak kan dia lebih muda dari saya pulak?
Ke usia boleh di undur ikut penampilan?
Yer lah kalau ikut penampilan tu memang lah saya nampak lebih tua .
Dia masih tak berkedut sana sini dan solid molid lagi.
Agaknya kes saya dah jadi nenek lah tu, itu pasal usia saya pun dah jadi senior dari dia.
Dahhh...jangan dengki, tak baik!
Dulu orang suruh jadi penyanyi tak nak,
Sapa suruh jadi mak nenek?

4 comments:

zul permatang badak said...

....Haa dulu tak nak jadi penyanyi....
orang jadi penyanyi ni..happy sokmo.....sbb tu nampak mude....

Granny Hani said...

Zul,
Agak2 kalau akak jadi penyanyi ada ke peminat? ke tahap CT norhaliza tak dapat cari makan?

Sally said...

Psssst! Periuk nasi dia demand dia utk muda sokmo..we teachers..age is just a number..tak gitu? ;)

Granny Hani said...

Pn Sally,
gitu lah gamak nyer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...