Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, February 7, 2011

Teddy bear sejuk di kerusi.

Eh awak Si Harrods dan Si Hamley, tau tak tuan awak tu tak ada malam tadi?
Tuan awak tidor kat Kem Motivasi anjuran sekolah dia.
Awak buat tak tau saja yer.
Diam kat kerusi tu tanpa sedikit reaksi pun.
Kalau tuan awak Si Anis tu ada,
awak tidor atas katil berselimut dengan dia lah malam tadi.
Tapi malam tadi awak tidor atas kerusi ni, tak berselimut pun.
Sejuk badan awak dibelai aircond sepanjang malam.
Kalau tuan awak ada mesti dia pakaikan awak stokin dah tu.
Padan muka awak lah, kena tinggal!
Alangkah senang nya jadi Teddy Bear.
Sentiasa di sayangi dan di peluk peluk.
Kalau dibiarkan pun tak merungut.
Tidak pernah merasa apa apa.
Kena tinggal pun tak apa.
Dibiarkan pun tak apa.
Hati tidak pernah rapuh.
Tidak kenal erti luka.
Kalau di lahirkan semula dan di beri kebebasan memilih,
Nak tak jadi Teddy Bear?
Saya nak.

4 comments:

Hassan said...

Menarik perbualan Teddy bear ..

Granny Hani said...

En Hassan,
Kalau lah semua benda boleh bercakap...

Makcu B said...

Tak usah jadi Teddy Bearlah. Berbulu, berserabut! Kalau ditanya padanya nescaya ia pun tidak pernah mahu menjadi Teddy Bear.

Granny Hani said...

Makcu, jadi beruang betul lagi best, boleh cakar2 orang lagi!
Sekarang ni pun body dah macam beruang..huhuhhuuu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...