Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, November 15, 2012

10 cukup? Rasa2 tak de yg sanggup baca sampai habis ni...

I.
Demam sudah kebah.
Back on my feet now.
Rasa rasa lah,
ada sikit penurunan berat badan.
Mana tak turun nya, seminggu tak jamah nasi langsung!
Hari ni dah makan regular meals dah..
Siap kadho lagi meal2 yg lepas2..
Tak per, gemuk balik pun saya rela.

II
Hari ni saya memandu sejauh 600 km.
Selalu nya saya memandu sorang sorang.
Hari ni saya konvoi dgn anak teruna saya.
Payah memandu secara konvoi nih.
Kalau dia di depan, saya jadi mcm remote control.
Mcm JPJ yg asyik nak saman dia aje.
Kalau saya di depan, saya risau dia akan ikut kelajuan saya.
( Sedangkan saya ni tak boleh pandu perlahan -jadi mengantuk )
Tapi akhirnya kami sampai rumah jugak.
Alhamdullilah.

III
Malam tadi tengok cerita Kuch2 Hota Hai
Kalau tgok aje mesti nak nangis.
Touching tang mana tah.
Masa first time tgok citer ni, saya dalam pantang anak ke 4.
Sekarang anak saya dah berusia 17 tahun.
Agaknya lah,
Si Anjali tu mesti dah 27 tahun dah sekarang ni.
Saja jer nak congak, bukan nak buat menantu pun..

IV
Sebelum tgok cerita Kuch2 Hota Hai tu saya keluar dinner.
Along nak belanja mummy katanya.
Best, makan2 kat Victoria Station.
Along memang tau taste mummy.
Anak mummy kannn...
TQ Along and Fara.

V
Cucu saya demam.
Abahnya dulu macam tu lah.
Demam setiap bulan.
Semalam waktu saya tidurkan cucu saya di baru saya,
terasa bahang demam panas dia meresap ke badan saya.
Dia nak tidor di bahu.
Macam tu lah abahnya dulu..
Terasa cepatnya masa berlalu.

VI
Salam Maal Hijrah buat semua.
Saya ni berkira kira nak berhijrah juga.
Hijrah hati..Ke arah lebih baik.
InsyaAllah.

VII
Saya duk baca komen2 di setiap N3 saya yg lepas lepas.
Tersenyum sendiri.
Suka tau bila ada yg sudi kongsi pendapat.
Baca ulang ulang...mcm baca surat cinta gitu.
Walau tidak mengenali diri yg mengomen,
terasa amat dekat dan kehadiran saya di hargai di sini.
TQ..you. you you....yes you termasuk 'anonymous' jugak.

VIII
Apa benda lagi saya nak type nih?
Jap ek........Hmmmmmm....
Ada orang perasan tak saya tak update blog seminggu?
Tak der ye?
Hua hua huahuaaaaaaaaa.....Cedih saya laa...

IX
Dah....Bab Merapu saya cukup pakar.
Ok ok, nak stop dah ni.
Tau sangat lah, ada yg dah cari asprin..Loya ke wak?
Sorry dear.

X
N3 hapa sepanjang nih?
Ni namanya N3 sebakul.
Dah baru2 ni tak larat sgt nak update blog.
Hambikkkk.....
Baru puas hati bila dapat merapu kembali.
Iyer betul, ayat last dah nih.
Stop sambung esuk..

TERIMA KASIH KERANA BACA SAMPAI HABIS.






8 comments:

azieazah said...

Kak Hani, biasanya (saya la) lepas baik demam tak lalu makan sehari dua. Bila selera dah ok, berganda pula nak makannya.

Kuch Kuch Hota Hai, tu saya tak ingat berapa kali dok ulang tengok tak jemu jemu. Saya nak tulis entri pasal tu, tapi pic di blog saya dah penuh pulak.

Selamat menyambut Maal Hijrah, semoga tahun mendatang memberikan lebih semangat untuk menjadi insan yang lebih baik...

ummiarissa said...

banyak juga ye nak diperkatakan...tapi takut jemu orang baca..tapi kalau menarik tak salah...saya orangnya yang akan baca...semoga dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang baik...

klcitizen cikgunormah said...

Kak hani.... demam setiap bulan si cucu tu sama macam anak rakan baik sy. Dia selalu risau. Rupanya ada juga yg seperti anak dia. Nanti sy kaborkan ke dia supaya tidakla risau mana. Harap2 kak hani sentiasa Allah kurniakan kesihatannyg baik dannhidup berkat dunia akhirat

Acik Erna said...

assalam Hani..acik pun tak buka blog dari Jumaat lepas.ni baru nak jenguk..Alhamdulillah Hani dah sihat..harap cucu pun sama dah sihat

Ibu n Abah said...

bestlah citer cikgu ni...
macam cerpen pendek2...
puashati...

sal said...

salam maal hijrah..
moga mendapat rahmatNya selalu.
nice entry..

CS said...

assalam
Kalau Ibu n Abah panggil you Cikgu, I pun panggil you cikgu jugalah ya?

I suka orang merapu yg kreatif. Youlah orangnya :-)

MulutPayau said...

walaupun pnjang tapi tetap baca smpai habis....menarik dan tertarik..

Saya dari dulu smpai skrang, tengok citer KKHH tu tak pernah sampai habis...hehehe...

Salam Maal Hijrah utk akak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...