Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, November 2, 2012

Dah makin gelap nampak nya ni...

Dua tiga hari lepas cuaca eluk saja.
Orang tua tua cakap, cuaca eluk waktu bulan purnama
Lepas purnama, kalau nak lebat pun lebat lah kembali Si Hujan tu.
Kalau nak banjir pun tak pelik, sebab memang musim banjir dah ni
Ini dah mula mendung dah ni..
Langit nampak rendah..
Dah siap ke untuk hadapi musim tengkujuh?
Dah.
Baju hujan dan payung mesti ada...kasut getah jugak.
Serbuk kopi yg kaw.
Pelbagai jenis makanan yg bersesuaian.
Ubi dan yg sewaktu dengan nya.
Comforter dan selimut kena ready.
Bentang toto depan TV.
Dan yg mesti ada, perlu ada dan jangan tak ada ialah...
AJK.
Kalau sorang sorang tak best main air bah.
Sorang sorang mana sedap makan ubi rebus dan minum kopi.
Tak sabar nak ber'sejuk'2...
Tambah2 musim cuti....
Awak yg tak de pengalaman berada di sini tentu tak dapat bayangkan bagaimana keadaan di musim tengkujuh.
Saya tau.





10 comments:

Hanis MY said...

kopi teh ubi keropok biskut hup seng owhh sungguh syok dimakan musim ujan ni

Nizam.Ariff said...

kak, jangan lupa...

tiub tayar lori...

dan jala...

MaWar said...

teringat zaman kanak2

insan marhaen said...

bukan yang best tu, tarik gebar ke?

Ibu n Abah said...

Jika saya....
Idakler main air...
Sejuk sampai ke tulang...
Baiklah saya duduk dlm bilik... Tidur....

Granny Hani said...

Hanis,
memang sedap tak terkata..hujan jer semua makanan jadi sedap.

Granny Hani said...

Nizam, tiub tayar lori? mentang2 la akak ni saiz treller...heheheeh

Granny Hani said...

Mawar,
tua2 pun saya masih suka main banjir..jom la kita geng nak?

Granny Hani said...

IM,
tarik gebar pasang cerita korea...heaven!

Granny Hani said...

Ibu n Abah,
tak cuba tak tau...meh cuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...