Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, November 24, 2012

Apa persamaan mak mertua saya dgn Astro?

Rumah mertua saya terletak di kampung.
Banyak yg tak ada di rumah saya ada di rumah dia.
Segala tanaman ada..
Ni, pokok 'Bunga Talang' ni.
Mak mertua saya guna bunga ni untuk warnakan nasi kerabu yg dia masak.
Tak main pewarna tiruan uols, organic lagi.
Ni di penjuru rumah dia ada pokok cili
bukan sepohon, berpohon2..
Walhal dia duk sorang2 saja..
Maka cili2 tu siapa nak, ambik saja lah
sedekah gitu aja.
Ni yg best, pokok 'Namnam' atau 'Asam Puru'
Buah nya lebat.
Setiap kali anak2 yg dtg mengaji Quran nak balik, buah ni jadi pilihan dia orang.
Agaknya sebab selalu di sedekahkan lah buah nya lebat sokmo sokmo.
Ni pulak pokok kari.
4 kali sehari masak kari pun tak habis daun nya.
Ni baru anak pokok, mak pokok, nenek pokok semua ada.
Kalau saya nak, se dahan sekali ambik.
Selain dari tu ada juga sayur kampung yg mak mertua saya tanam.
Ni pohon labu yg menjalar..
Bulan depan tunggu dia masak pengat labu..Sah dia calling2nya.
Pokok pisang ni pun tak lama lagi boleh di tebang.
Ni baru pisang, tu kat belakang tu ada manggis, dokong dan salak.
Macam macam ada..Astro pun jeles.
Pendek kata macam taman Agro.

Yang menjadi masaalahnya,
saya ni datang cari dia, nak jumpa dia.
Dia tak ada.
Segala benda ada tapi dia tak ada.
Mak oooo Mak,
Mak mertua saya ni sibuknya ngalahkan menteri.
Tak per lah, esuk2 saya datang lagi.






14 comments:

makchaq said...

Tengokan tanamannya, makchaq yakin mak mertua cikgu tentu masih sihat.. Alhamdulillah..
Mak mertua makchaq dulu pun macam2 tanaman sekeliling rumah, tspi sekarang dia dah tak mampu lagi.. Matanya langsung x dapat melihat... rasa rindu pulak kat dia...

Norhaizan hakim said...

sayaa suka tajuk entri ni..hehehe..
Buah namnam tu mengingatkan saya pd zaman kanak2 ebab masa tu jer saya jumpa buah ni..sekarang jgnkan pokok, buahnya pun tak pernah kutemui lagi.

azieazah said...

Wahhh dasat betul ya Mak Mertua Kak Hani ni. Macam-macam ditanamnya. Sejuk tangan dia tu. Agaknya dia kuar pegi cari benih pokok lagi agaknya.
Rambutan durian takda eh?

Pudgy Daddy said...

salam. senang la cari bahan utk memasak. minta aje dgn MIL... pasti dia bg. x yah gi kedai...

Acik Erna said...

lamanya tak makan buah nam nam..masa dok tanjung karang dulu..nk mkn cari je dipsar tni mesti ada jul

suri solehah said...

Hehe,,mmg patut kalau astro jeles..dan lagi ye dlm kesibukan mak tanam pokok segala...saya tumpang seonok datang ini

Granny Hani said...

makchaq, MIL saya tu memang masih sihat lagi..Dia seorang ibu tunggal yg sangat berdikari.

Granny Hani said...

makchaq, MIL saya tu memang masih sihat lagi..Dia seorang ibu tunggal yg sangat berdikari.

Granny Hani said...

Norhaizan, buah ni masih byk di kampung2..Kalau masak, manis dan sedap.

Granny Hani said...

aziezah, macam macam adaaaa....

Granny Hani said...

Pudgy,
memang lah, kalau balik kampung tu penuh bonet kereta lah.

Granny Hani said...

Acik, dtg lah, buah ni tak bermusim, tak de masaalah kat sini.

Marina Monroe @Nanie said...

Salam Hani,

Alahhhh, tak pernah makan namnam, nanti akak nak pegi sane rase namnam, boley?

insan marhaen said...

IM pun kekadang bila balik kg, mak takada. ibu_suri nanti bising: tu la... tak talipon mak dulu.

jawap IM simple jer... Kalau takada mak, tengok rumah pun ok pe. Yang peting kita balik kampung!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...