Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, November 6, 2012

Soalan saya dan jawapan mereka....

Twitter tu hapa a?
The answer that I always get -Alah, tak payah bertwitter lah...
Ayat bela diri =Tak der lah, bukan nak bertwitter pun tapi nak tau jer.

AES tu per benda a?
And so he said -Asal awak bawak kereta berhemah, pasal AES awak tak perlu tau.
Ayat bela diri =Tak der lah, cikgu2 lelaki duk sebut2 kat sekolah tadi.

Brim1 msia tu bila start a?
I get this for the answer -Kita tak terlibat, tak per tak amik tau pun..
Ayat bela hati =Tak der lah,dgr  kat Berita TV 

Camna nak booking tiket kat internet mcm papa buat tu?
Mereka cakap - Biar papa jer lah booking, mummy apa susah.
Ayat serik tanya =Tak der lah, incase kawan2 tanya.

Bila pilihan raya?
Sindiran yg saya dapat -Awak nak masuk calon ke?
Ayat cari alasan =Tak der lah, saya nak tunggu umum cuti jer

Macam mana nak guna hset ni selain dari sms dan buat call?
Jawapan marah lah ni -Dah berapa kali ajar dah...
Ayat sedih =Tak der lah, saya curious jer

Siapa Mat Yo dan Apek tu?
Ops, all I get is -WHAT?
Ayat tempelak=Tak der lah, dgr kamu semua cerita pasal dia tadi macam lah dia tu sedara kita pulak, segala benda pasal dia korang tau.

Ok Ok,
Kita nak makan apa lunch nanti?
Berebut mereka nak jawap -Nasi Mandy atau Nasi beriani Ikan....Masak pengat pisang buat dessert.
Ayat pra merajuk =Kan dah cakap, kalau tanya soalan ni baru dapat good answer.

Agaknya muka saya macam periuk, kalau tanya pasal lain semua tak nak cerita.Bila tanya pasal makan saja ada jawapan yg positif. Kadang tu geram jugak, bila semua orang pandai2 belaka kat bawah bumbung saya ni, saya terasa macam saya dah setaraf budak tadika.

Hmmm........Ok.
Presiden Barrack Obama tu di lahirkan di Hawai, muda setahun saja dari saya, dulu dia seorang guru dan lawyer sebelum aktif berpolitik. dilantik sebagai president Amerika pada 2008.Dia pernah duk di Indosesia bila ayahnya berkahwin dgn wanita indon, dia ada kakak tiri berbangsa Indon lagi...Nak saya teruskan?
Awakkkkkkkkk,
Banyak lagi benda yg saya tau..Cayalah, banyak lagi.

6 comments:

Anonymous said...

Kesian kitakan.

Dulu kita ajar mereka, bila mereka dah pandai mungkin mereka tak mahu kita menyusahkan diri kepada perkara-perkara yang mereka rasa tak mustahak pada kita.

Anonymous said...

Salam cg Hani,pmbetulan ibu Barrack Obama kawin dgn indonesian.tq.

Ateh Nour said...

Sallam Cikgu Hani,

Kakmah sokong 100% cikgu jadi calun,
Calun apa yee???

Unknown said...

Bila anak2 DARA saya bercakap pasal bola (dalam dan luar negara) saya rasa sangat jauh ketinggalan...saya cuma kenal apek, itupun sebab publisiti dalam media massa.

KakNi said...

kak granny hani, kalau itu soalan peperiksaan, mau dapat markah kesian jer semua nyer...

kesian kat akak dia orang tak nak bagi tau, tak pe kak, google jek..

Mak Wardah said...

Kak, suka sangat baca blog akak yang sentiasa ada isi setiap entry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...