Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, November 3, 2012

Cuti nanti saya nak makan orang.

Sabar, saya selalu pesan kat diri saya.
Tapi sabar, sabar jugak.
Ada kala nipis jugak kesabaran saya nih.
Wahai lah Si Laling Tukang Rumah ku yang di sayangi...
Cuti sekolah ni boleh tak kita dating hari hari kat sini.
Dah lama saya duk tahan kerinduan nak jumpa awak.
Setiap kali pergi belah petang awak dah balik.
Pergi hujung minggu awak tak kerja
Adoiii...
Kalau asyik tak kerja,
kalau kerja pun slow ngalahkan siput,
kalau bayaran pantang lewat sikit tapi kerja lewat banyak,
Pastu bila nak siap rumah saya ni?
Rasa gelegak dalam jiwa.
Nasib baik lah saya dah diam di rumah sendiri,
tak terjejas mana walau lambat siap.
tapi saya ni macam budak kecik tau tak?
kalau dah janji siap akhir tahun,
saya nak akhir tahun lah.
kalau tidak,
saya nanges guling guling hentak hentak kaki baru awak tau.
ok ok,
See you soon.
Get ready my laling Encik Tukang Rumah..Ta ta ti ti tu tu..
 

7 comments:

azi said...

saya pun tak sabar kalau apa yang dah kita rancangkan tak menjadi...mesti cikgu tak sabar nak hias rumah baru tukan...:)

Acik Erna said...

assalam Hani..memang patut dimakan..tak tepat janji..makan hani..jangan tak makan..

Granny Hani said...

azi, memang niat nak pindah, dah 52 tahun duk rumah pusaka ni..sebelum mati nak juga rasa duk rumah sendiri..huhuhuuuu...

Granny Hani said...

Acik, patut makan? ok ok, saya nak gi cari sos dulu..baru sedap.

Mat Som said...

Ramai kontraktor kita berniaga macam tu. Mereka ni patut dimasukkan ke dalam mesin pengisar daging.

Nasihat saya, bayar pun sikit-sikit, biar sama-sama sakit hati.

azieazah said...

Agak-agak kalu makan orang tu tak cukup, akak makanlah batu-bata tu sekali. Buat kapit macam sanwich tuh! hahahaha > lariiiiii

reyna ibrahim said...

comel nyer tajuk entry ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...