Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, November 20, 2012

'Sila Guna Pintu Utama'

Bunyi loceng.
Cer lihat siapa di depan pagar tu?
Jap..
Pakai tudung tu.- Pesanan penaja kepada anak gadis saya
Singgah depan cermin betulkan tudung.
Wei, cepatlah - Pesanan penaja lagi.
Ambik kunci pintu depan dan kunci grill sekali.
(Pagar tak berkunci cuma tertutup saja)
- Mana orang nya?
- Tak der pun...
-
-Assalamualaikum!
Opocotttt....!
Tercegat tamu lelaki dan keluarganya di pintu belah ruang keluarga.
Rupanya mereka dah merayap ke pintu sisi kediaman saya.
Ke ruang keluarga 
Ruang keluarga ni agak kebelakang jugak dari tuang tamu
Pintu di ruang ni adalah pintu keluar masuk kami anak beranak saja.
Bukan entri untuk tamu-bukan sekali kali!
Saya bingkas dari kedudukan separa baring di sofa.
Saya free hair, baju yg saya pakai pun tak senonoh.
Terkejar kejar menutup aurat.
Anak ada yg terlentang depan TV dengan seluar paras lutut.
Tak kan dia nak masuk nyorok bawah meja kot.
Sorang lagi sedang riba pinggan nasi, pun berTshirt lengan pendek,
Pemandangan ruang seperti kapal pecah.bukan menjadi masaalah saya.
Yang masaalah nya ialah 'aurat' tuan rumah.
Wahai tetamu..
Kalau yer pun, tunggu jer lah kat pintu depan.
Ucapkan lah salam di situ..
Kan ruang tamu tu untuk terima tetamu.
Saya tak selesa betul tapi acap dah saya dapat tamu yg begitu.
Kadang tu kawan2 hubby saya yg dtg mencari hubby tanpa early notice.
Kalau pagar tak berkunci mereka masuk dan terus jer ke pintu sisi.
Agaknya mereka tau, memang di ruang ini sentiasa ada penghuni.
Tapi tak boleh la macam tu..
Buatnya saya sedang seksi, seksi di usia saya ni menyeksakan pandangan tau.
Buatnya ada adegan yg tak sesuai untuk tontonan umum macam mana?
Buatnya awak dapat sakit jantung kerana terkejut siapa nak bertanggung jawap?
Tolong lahhhhh...
Jangan lah buat macam tu.

6 comments:

Norhaizan hakim said...

Hahaha..orang zaman sekarang memang kurang mementingkan/tidak tahu adab kot!

Nurul Ain said...

Org mcm tu tak tahu adab.Dlm islam pun ada kata beri salam 3 kali.kalau tak bersahut boleh pergi dr situ.kita perlu masa nak pakai tudung,tutup aurat dgn sempurna baru la blh terima tetamu..apa daa...

makchaq said...

Kena letak signage macam kat ofis la nampaknya.. "Pelawat/tetamu - Sila Guna Pintu Ini Sahaja"

azi said...

Cikgu..
tulah...saya kalau ke rumah orang, kalau pintu tak buka walau dah berkali salam diberi atau loceng ditekan wpun kita tahu ada org.kat rumah, memang saya akan balik....mungkin masa kita datang tak sesuaikan...:)

p/s...ni tetamu nak "terjah" tu..saya selalu terkena macam cikgu...

a.samad jaafar said...

Tamu yg tak reti base barangkali.. kalau sy pun, sy tak puas hati..

insan marhaen said...

kalau 3 kali bagi salam tak jawap, elok beredar balik. itu tandanya tuan rumah tiada atau tidak bersedia terima tetamu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...