Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, November 8, 2012

Nak ni ke nak tu...

Saya tak suka bila saya terpaksa membuat pilihan.
Sungguh saya benci.
Saya rasa bila memilih antara dua perkara,
ada yg perlu kita korbankan.
Saya dah selalu dah buat pilihan yg salah.
Kesal pun tak jadi apa dah..
Itu yg saya takut bila nak memilih.
Kalau suruh saya pilih antara dua baju yang saya gemar,
Pun susah...........
Walhal, tu baru baju.
Kalau kena pilih yg berkaitan masa depan?
Pilihan saya nanti akan menentukan hala tuju seterusnya
Kalau silap, nak ke saya bertemankan kesal sepanjang usia saya.
Macam mana?
Buatlah tersalah pilih, bukan boleh di undur lagi dah.
Senang cerita guna buah dadu macam P Ramlee..
Kalau kita kaji berkali2 pun risiko untuk silap itu tetap ada.
Sebabnya kita tak tau apa perancangan Tuhan untuk masa depan kita.
Setiap hari kita berdepan dengan pilihan.
Setiap pilihan buat hati gusar.
Hari ni ada perkara penting yang perlu saya pilih.
Jangan lah ada yg terluka dengan pilihan saya.
Jangan lah saya melukakan diri sendiri pulak.
Payah wehhhhhhhhhhh....!
Saya tak suka memilih antara dua.
Kalau awak lah,
Awak nak Bihun Goreng ke Mee Goreng?
Saya nak dua dua.

7 comments:

Unknown said...

Ambik separuh mee separuh bihun..
Ada seorg teman memberitahu, jangan main2 dgn solat istikharah kerana jika langit sudah terbuka lagi payah??

Anonymous said...

Kena buat pilihan yang tepat supaya tak ada hati yang luka dan kita tidak terluka.

Ibu n Abah said...

Bee Hoon dan mee goreng..
dua-dua nak...
:-)
Lapar nak makan...

cikguyusof said...

aduhai..... arini pilih Bihun Goreng dan esok pilih Mee Goreng pulak!!!

eh bole ke mcm tu???

hihi

makcu B said...

Petunjuk Allah pasti datang... pagi tadi kak Nie makan bihun gorengkan!Kat sekoloh yang kak Zah punya . Jangan makan dua2 nanti dagu jadi 2.

MulutPayau said...

akak, saya pun nak dua2...tak nak pilih....

Unknown said...

nak nasi berlauk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...