Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, November 3, 2012

Batu jemala bermasaalah.

Lalalalalalaaaa....
Happy nya kalau bangun pagi tanpa rasa sakit kepala.
Akhir akhir ni saya memang acap malah hari2 sakit kepala.
Sakit di belakang tengkuk naik ke kepala hingga ke rongga mata.
Kadang tu sakit kuat, kadang tu setakat rasa berat dan tak selesa saja.
Blocked sinus? migrane? Tekanan darah naik? Symtom penuaan?
Apa apa lah...
Setakat ni saya boleh tanggung lagi tanpa gi klinik.
Tak per, kalau tak tahan nanti saya check Doktor lah.
Eh, doktor check saya bukan saya check doktor.
Mungkin juga sakit kepala saya ni hasil dari kesesakan lalu lintas dalam kepala.
Mungkin.
Kalau sakit gigi boleh cabut dan lega selepas tu.
Sakit kelapa tak kan nak cabut kepala.
Hmm...
Masak lala dalam periuk.
Sakit kepala tampal koyok.


4 comments:

Unknown said...

masak lala bawah jambatan
sakit kepala makan ponstan.

makcu B said...

Kita pulak masalah sakit kepala kadang-kadang saja, yang menakutkan makcu ialah pening kepala. Kalu dulu masa awal lekat perut penyakit ni menyerang. Masuk umur 40,kekerapannya agak ketara. Loni.... dalam duk happy, makan angin pun, ia datang. Berpusing2, berpusar2. Nak bawak tubuh badan pun tak bulih. Ubatnya: kasi keluar semua isi perut kut atas dan kut bawah tapi bukan senang nak cari tempat buang. Kalau diberi pilihan, lebih baik sakit kepala drp pening kepala!

Granny Hani said...

Pakngah,
Atas jambatan ayam berlaga
Makan ponstan pun tak baik2 juga.

Granny Hani said...

Makcu,
kita ni dalam guni yg sama..Sama sakit tumit dan sama sakit kepala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...