Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, May 4, 2011

Aduh mak sakit nya.

Tanda penambahan berat badan yg mendadak.
Tanda dah tua.
Tanda tarikh tamat tempoh dah hampir.
Ingatan dari Pencipta bahawa tidak ada yg kekal.
Amaran supaya jaga kesihatan dan pemakanan.
Banyak lagi penyakit coming soon, on the way..
Enjin buatan manusia pun rosak,
inikan anggota yg dah 50 tahun diguna secara intensif.
Akhir2 ni menjadi jadi sakit tumit kaki saya ni.
Pagi pagi macam ni, sakit amat sangat.
Bangun dari tidur dan nak mula langkah pertama tu seksa.
Kalau banyak berjalan pun sakit mula terasa.
Berdenyut denyut.
Kalau banyak hayun langkah mulalah terasa.
Paling dasyat kalau saya tawaf shopping complex.
Masa shopping tak sakit tapi bila balik rumah,
sakit nya Tuhan yg tau.
Selalu nya kalau banyak guna kaki mula lah lenguh2.
Bila duduk hilangkan lenguh dan nak mula langkah sekali lagi tu yg sakit sangat.
Cam kelmarin bila saya rehat kat Food Court.
Dah makan2,minum2 nak bangun dari situ saya terhinjut hinjut.
Memalukan.
Dah bercupak pain killer.
Nak gi klinik takut di inject.
Saya takut injection...... Iyer, betul takut nih.
Kalau ngadu kat hubby pun paling paling dia hanya perli saya balik.
"Kuat sangat shopping..."
Aduhhhhhhhhh...du du du du du duuuuuu..

22 comments:

Ibu n Abah said...

cikgu hani...
part yg funny ialah..
waktu shopping.. sakit tiada terasa...
sebaik balik dari shopping... sakit terasa...
payah kan?....

AZANI said...

Hani,
cer try rendam kaki dengan air panas campur garam..

waruna said...

Bila dah masuk ZON EMAS begitu lah.. saya pun alami perkara yg sama juga.. pernah seorg doktor bg petua utk elakkan sakit tapak kaki tu.. dia kata rendam kaki dalam air suam.. cubalah..

mommylavender said...

salam pagi hani~ jum kite berdaet.....tapi mommy ni jenis bt nekad kejap jer pastu hentam lagi makan....adat le hani bila umo up sikit macam2 tetamu tak di undang bertandang kat badan

Anonymous said...

Err Gout ke? Baik pergi check

Sally said...

Try bertungku..pijak tungku yg panas tu..biar bloid circulate dgn elik..and..ermmmmm u may not like this : loose a few kg would do u good!

LIPISLADY said...

Sallam Cikgu Hani,

Gitulah bila umur dah semakin meningkat,
ada2 aja sakit yang menjenguk...

Tapi jangan lupa setiap penyakit ada ubatnya,
cuba2lah cari, insyaAllah baik tu nanti.

mykhalis said...

kalau di bawa shopping lagi mesti lega kan??

hani@debumelukut said...

Ibu dan abah,
tu lah...macam tau2 kita suka shopping.

hani@debumelukut said...

Azani,
hari ni jugak nak cuba

hani@debumelukut said...

waruna,
yer, tadi Azani pun cakap macam tu...kena try

hani@debumelukut said...

mommylavender,
Diet? Hari hari diet ni..dah bertahun diet. Diet di mulut sahaja, di hati tu tak kuat iman lah mommy...

hani@debumelukut said...

Anonymous,
the doctor in the house cakap kes usia dan berat badan bukan gout.

hani@debumelukut said...

Aduh sally,
tang loose a few kilos tu yg berat sikit tuh..

hani@debumelukut said...

lipislady,
Ini bhagian kita..org lain yg sebaya kita sakit bahagian lain pulak...dah sinonim dgn usia.

hani@debumelukut said...

Mykhalis lah yg faham jiwa...agaknya macam tu lah, tambah satu round lagi di shopping complex mesti lega.

Piasara said...

"saya pernah kena mcm ni,kalau ngadu kat suami,dia akan kata'bdn tu berat sangat..'habis nak buat macamana,nak kurus,tp tak boleh..susah sgt..nak mkn produk mcm2 tu takut pulak.."

hani@debumelukut said...

Piasara,
la ni dah sembuh ke?

lalink7 said...

agaknyaa btol la kot..kuat shoppingg kott niee..tp lps dpt barang mst dah kurang sihatnye kan? ehhehe

hani@debumelukut said...

lalink7 perli akak lah tu...

Sekamar Rindu said...

salam...

begitulah putaran hidup kita...:)

hani@debumelukut said...

Sekamar rindu,
hidup ibarat roda..tu pasal lah fening sokmo2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...