Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, May 17, 2011

Silap parking ni.

Anak cucu pakat nak tempah batu nisan buat tanda kubur arwah nenek.
Hubby saya volunteer untuk uruskan tempahan.
Minggu lepas Hubby dah pergi letak nisan tu dengan bantuan kawan2 dia.
Dah bertanda pun kubur arwah nenek saya.
Hubby senyum puas kerana tugasnya sudah selesai.
Hubby tau, pagi Jumaat mak selalu ke kubur nenek.
Tak sabar nak dgr komen mak.
Jumaat tu mak talipon.
"Nie, Cakap kat Din yang dia dah pacak nisan kat atas kubur orang lain.."
Pulak dahhhh....
Bayangkan betapa terkejutnya waris si penghuni kubur tu kalau tiba2 ada nisan dan belindan.
Kelam kabut lah hubby saya.
Cepat2 dia mintak tolong kekawan alihkan.
Ingat tak cerita PRamlee- Ibu mertua ku?
Sewaktu Kassim Selamat menziarahi kubur isteri nya, dia di tegur,
"Kenapa tuan menangis di kubur isteri saya?"
Kassim selamat terpinga pinga...
Rupanya bukan kassim selamat aje yg silap parking.
Alaaaaaaaaaaaa Kassimmmmmmmmm.

35 comments:

Kunang-Kunang said...

Naib baik nisan sekarang senang dialih2kan.

Nasib baik cepat sedar.

hani@debumelukut said...

Tu lah..nasib baik begitu. tapi kami naak beranak memang gelak nak pecah perut bila bayangkan apa yg mungkin terjadi dari kesilapan teknik ni.

Cik Ina Do do Cheng said...

cam mana plak boleh tertukar. bila baca nak gelak pun ada. miss komunication tu. nasib baik siwaris tu belum sempat tahu .

Hanis MY said...

aduiii...nasib baik sempat alihkan balik... lawak la...

p/s: sis thanks bgth pasal resort tu wee nanti nak cuba stay situ la...

hani@debumelukut said...

cik ina, kebetulan kubur tu masih merah tanahnya sama mcm kubur nenek . sebelah menyebelah pulak tu.

hani@debumelukut said...

Hanis,
u r welcome. byk dah sekarang resort baru di sepanjang laut cina selatan ni.

roshanilawatey said...

Salam Kak Hani,

Kelakar sungguh... agaknya masa tu, Tn Hj. Din dah tak berasa sihat, berpinar mata... itu yang tersalah "parking" tu... Nasib baik waris empunya tempat parking tu lambat tiba... kalau tak memang betul-betul "aaalaaa Kashim..."lah jadinya...

hani@debumelukut said...

Pn rosya, betul tu..selepas dia balik dari kubur nenek tu lah dia di kejarkan ke bah kecemasan HUSM dan di masukkan ke wad.

makcu B said...

Ha ha ha.... pecah perut nok ssuko. Boss terlalu nak berbakti. Takut de ko oghe laing.

Ibu n Abah said...

CIkgu Hani...
instead mak mertuanya dalam pilem p.ramlee menyebut 'mahapkan aku kassimmmmmm...' maka suami cikgu pulak terfaksa menyebut dialog yang serupa... 'mahapkan saya, mak....'.....

Jijahh @ f.k said...

Alalalalal sabo jelahhh .... salah parking lakk ... sib baik laa cepat ... abis batu nisan lama kubur tu ada lagi dak ?? heheh kang tak bertanda lak kubur tu ....

azieazah said...

Hikhikhik! Cuma mampu tergolak...!

hani@debumelukut said...

Makcu, lagu tu lah rome mate ambo tu..

hani@debumelukut said...

Ibu dan abah,
hahaha...ubah tajuk filem jugak..'Menantu ku'

hani@debumelukut said...

Jiejah, memang belum ada nisan kedua kubur tu..itu yg confused tu

hani@debumelukut said...

azieazah,
kami ni dah sakit perut dah gelak..

gadisBunga said...

salam,

siyes salah parking? hahahaa!!!!

*terima kasih sudi singgah kt blog GB. :)

nidus2 said...

Alahai boss aku....baru boleh gelak sekarang.
Hari ahad cuma tahu cerita nak alih belindan jah.

gerhana luka said...

tumpang komen ya: heee.. kelakar tul la senyum sorang2 ni

AZANI said...

akak hani...
niat tu yang penting...
tapi memang mmg boleh keliru....dalam 100 hari, kiri kanan pun dah banyak yang berisi...

AZANI said...

AlFatihah buat ninda tersayang moga rohnya dicucuri rahmat.

hani@debumelukut said...

GB, nasib baik tak di saman.

hani@debumelukut said...

Nidus, mujur kawan2 bantu..berat nisan dan belindan tu.

hani@debumelukut said...

Gerhana luka,
terima kasih kongsi bersama..

hani@debumelukut said...

Azani,
Memang keliru.

Kakzakie said...

Kesiannya En. Din. Nasib baiak mak selalu pergi kubor, kalau tak mesti waris yg dpat nesan baru terkejut....

mykhalis said...

rupanya memang terjadi la ek? kesilapan nie leh merbahayakan..hahaha

wahida said...

kak, sori sbb saya gelak baca n3 ni...hehe..tak baik saya kan...

dah mcm citer P. Ramlee la kak...

hani@debumelukut said...

kakzakie,
nasib baik ak cepat beritau

hani@debumelukut said...

mmykhalis
betul2 bukan cobaaaaaaaan

hani@debumelukut said...

wahida,
bukan wahida saja yg tergelak..kami ni pun.

HonEyBuNNy said...

hehe...

sekali silap parking da...selamat perasan dan sudah alihkan kan...

HonEyBuNNy said...

hati2..jangan silap parking lagi..hehe

hani@debumelukut said...

honeybunny,
silap parking di lot tanah org lain ni

munna said...

alahai macamana boleh silap kak... arwah nenek akak dah lama meninggal ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...